Modul DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN BOLA KERANJANG SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN BOLA KERANJANG SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

145

DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN BOLA KERANJANG SEKOLAH RENDAH BAGI GURU. Modul latihan merupakan satu keperluan kepada guru untuk mengajarkan dan memudahkan kefahaman kepada murid sesuai peringkat dan tikatan akal fikiran murid-murid.

Melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), melancarkan modul-modul latihan bagi memudahkan pembelajaran ko-kurikulum bersistematik dan menepati standard pengajaran nasional. Oleh itu, khas kepada guru-guru yang mengajar di sekolah rendah mahupun menengah kami dari Sistem Guru Online sentiasa membawakan bahan-bahan pengajaran yang diperlukan oleh pelbagai guru-guru dari subjek yang pelbagai.

Bagi mendapatkan modul latihan sukan Bola Keranjang Sekolah Rendah, anda boleh merujuk dibawah.

Pengenalan Suka Bola Keranjang

Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas; dan pasukan yang markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang. Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata. Bola digerakkan di dalam gelanggang dengan melantunkannya (mengelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola-bola dikawal (penalty). Sumber: WIKIPEDIA

Sejarah Perkembangan Sukan Bola Keranjang Di Malaysia

Sukan bola keranjang ini mula diperkenalkan di negara kita pada tahun 1929 oleh orang Inggeris.Hanya beberapa kelab rekreasi di bandar-bandar utama sahaja menerima permainan baru ini. Perkembangan sukan ini cuma terbukti selepas Perang Dunia Ke-2.

Pihak Inggeris memperkenalkan permainan ini di kampung-kampung baru yang dibentuk pada masa darurat.Lama-kelamaan permainan ini mula diminati ramai,terutama kaum Cina di kampung-kampung baru.Di peringkat sekolah,Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah menganjurkan Pesta Bola Keranjang Peringkat Kebangsaan yang pertama pada tahun 1967.

Penglibatan sekolah di dalam permainan ini kian mendapat perhatian dengan bermulanya Pesta Bola Keranjang MSSM.Permainan bola keranjang menjadi lebih popular di kalangan murid-murid sekolah dengan adanya bantuan daripada Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri,Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah dan pihak sekolah sendiri.Pada tahun 1958 MABA ( MALAYAN AMATEUR BASKETBALL ASSOCIATION ) ditubuhkan dan pertandingan antara negeri merebut Piala Agung dianjurkan di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1959,MABA menjadi ahli FIBA (FEDERATION OF INTERNATIONAL BASKETBALL ASSOCIATION) . Nama Malayan Amateur Basketball Association ditukar ke Malaysian Amateur Basketball Association dan digunapakai mulai tahun 1964.Pada tahun 1968, MABA telah melancarkan undang-undang Bola Keranjang FIBA dalam Bahasa Inggeris ,Bahasa Cina dan Bahasa Melayu.

DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN BOLA KERANJANG SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

Dibawah dilampirkan modul latihan sukan Bola Keranjang bagi peringkat sekolah rendah.Guru-guru yang memerlukan bahan mengajar pelbagai jenis subjek dan modul latihan, anda boleh ikuti telegram Rasmi Sistem Guru Online

Download File  Modul Latihan Sukan Bola Keranjang Sekolah Rendah Bagi Guru:

MODUL LATIHAN SUKAN BOLA KERANJANG SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

Untuk para guru sekalian, jikalau anda mempunyai beberapa permintaan atau request beberapa bahan pengajaran. Anda boleh merujuk dan membuat carian di telegram rasmi kami Sistem Guru Online > https://telegram.me/sistemguruonline

Ikuti Penetapan Modul Latihan Yang Disediakan Bagi Memudahkan Proses Mengajar Guru

Guru memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak bangsa untuk masa hadapan. Pengajaran guru dalam mendidikkan rohani dan jasmani mempunyai etika yang tersendiri. Begitu juga dalam sukan, guru memerlukan modul bagi memudahkan dan membantu guru menghidupkan suasana sukan di sekolah.