Modul DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN BOLA SEPAK SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN BOLA SEPAK SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

634

DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN BOLA SEPAK SEKOLAH RENDAH BAGI GURU. Modul latihan merupakan satu kepentingan kepada guru untuk mengajarkan dan memudahkan kefahaman kepada murid sesuai peringkat dan tikatan akal fikiran murid-murid.

Melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), melancarkan modul-modul latihan bagi memudahkan pembelajaran ko-kurikulum bersistematik dan menepati standard pengajaran nasional. Oleh itu, khas kepada guru-guru yang mengajar di sekolah rendah mahupun menengah kami dari Sistem Guru Online sentiasa membawakan bahan-bahan pengajaran yang diperlukan oleh pelbagai guru-guru dari subjek yang pelbagai.

Bagi mendapatkan modul latihan sukan Bola sepak Sekolah Rendah, anda boleh merujuk dibawah.

Pengenalan Sukan Bola Sepak

Bola sepak ialah sukan berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain. Bola sepak dilumbakan ke dalam padang yang berbentuk segi empat tepat, di atas rumput atau rumput buatan.

Pada amnya, hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan menyentuh bola dengan tangan di dalam kawasan golnya yang dipanggil kotak penalti manakala 10 pemain lainnya hanya dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya selain daripada tangan, kebiasannya kaki untuk menyepak, dada untuk mengawal, dan kepala untuk menanduk bola. Pasukan yang memiliki gol terbanyak pada akhir perlawanan ialah pemenangnya.

Jika sehingga masa berakhir kedua-dua pasukan seri, maka boleh dilakukan undian, pembaharuan masa ataupun tendangan penalti, bergantung kepada format penganjuran kejohanan.

Undang-undang perlawanan pada awamnya dikemas kini setiap tahun oleh induk pertubuhan bola sepak antarabangsa (FIFA). Sumber – WIKIPEDIA

Perkembangan Suka Bola Sepak Di Malaysia

Pada tahun 1926, satu Persatuan Bola Sepak ditubuhkan dan selepas itu secara rasminya menjadi persatuan bola sepak kebangsaan pada tahun 1933.Persatuan ini juga dikenali sebagai Football Association of Malaya ( FAM ).Sir Andrew Caldecott dilantik menjadi Presiden FAM yang pertama pada tahun 1933 dan diikuti oleh M. Shelley, Dr J. Webster, S. Scott, R. Williamson dan Adrian Clark. Mereka telah menerajui persatuan ini sehingga tahun 1940 sebelum Peperangan Dunia Kedua meletus.

Selepas tamat perang,Presiden FAM ketika itu ialah J. King, diikuti dengan H.Bryson dan Dr C.Rawson. Mereka berkhidmat selama 2 tahun setiap seorang sebelum tampuk pemerintahan FAM bebas daripada pengaruh pemerintahan kuasa British.

Pada tahun 1951 pula,Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah dilantik sebagai Presiden FAM.Kemudian pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Haji Hussein. Pada tahun 1976, jawatan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah merupakan tokoh yang banyak membantu dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air.Pada tahun 1989, Liga Semi-Pro diperkenalkan sebelum sukan ini diiktiraf sebagai sukan profesional beberapa tahun kemudian.

Kini, FAM memainkan peranan besar di dalam program pembangunan bola sepak negara dengan mengadakan kerjasama erat dengan Majlis Sukan Negara dan Kementerian Pelajaran Malaysia.Satu contoh yang baik adalah pengelolaan Pertandingan Liga Piala Menteri Pelajaran Malaysia Bawah 14 tahun dan Liga Remaja KPM/FAM Bawah 17 tahun yang telah dimulakan pada tahun 2008 Pertandingan ini melibatkan Sekolah Sukan Malaysia dan Sekolah Sukan Negeri yang mewakili 14 buah negeri di Malaysia.

DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN BOLA SEPAK SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

Dibawah dilampirkan modul latihan sukan Bola Sepak bagi peringkat sekolah rendah.Guru-guru yang memerlukan bahan mengajar pelbagai jenis subjek dan modul latihan, anda boleh ikuti telegram Rasmi Sistem Guru Online

Download File  Modul Latihan Sukan Bola Sepak Sekolah Rendah Bagi Guru:

MODUL LATIHAN SUKAN BOLA SEPAK SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

Untuk para guru sekalian, jikalau anda mempunyai beberapa permintaan atau request beberapa bahan pengajaran. Anda boleh merujuk dan membuat carian di telegram rasmi kami Sistem Guru Online > https://telegram.me/sistemguruonline

Ikuti Penetapan Modul Latihan Yang Disediakan Bagi Memudahkan Proses Mengajar Guru

Guru memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak bangsa untuk masa hadapan. Pengajaran guru dalam mendidikkan rohani dan jasmani mempunyai etika yang tersendiri. Begitu juga dalam sukan, guru memerlukan modul bagi memudahkan dan membantu guru menghidupkan suasana sukan di sekolah.