E-Prestasi Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP), merupakan salah satu aplikasi KPM di bawah Sistem Maklumat Guru, sebelum menggunakan E-Prestasi, penilaian guru di jalankan menggunakan sistem Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), kini guru akan dinilai menggunakan instrumen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) yang mana telah dilaksanakan sepenuhnya bermula 2016.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pendidikan Malaysia, anda dialu-alukan untuk mengikuti kami di aplikasi telegram pendidikan dengan menekan butang pautan di bawah:
Contents
E-PRESTASI: PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
Pengenalan ePrestasi
ePrestasi adalah platform dalam talian yang memudahkan pemantauan dan penilaian prestasi sekolah-sekolah di Malaysia. Ia mencakupi penilaian prestasi sekolah, pengurusan pengetahuan, dan perancangan strategik. Sistem ini dirancang untuk mengumpulkan dan menganalisis data dari sekolah-sekolah di seluruh negara, membolehkan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membuat keputusan berdasarkan bukti dan meningkatkan mutu pendidikan.
Laman rasmi ePrestasi ini boleh dilayari oleh semua pihak untuk mendapatkan maklumat berkaitan PBPPP melalui butang Modul Manual Pengguna. Melalui modul tersebut, bahan yang berkaitan PBPPP boleh dimuat turun. Laman rasmi ini hanya boleh diakses (log masuk) oleh JK PBPPP dan PP yang dilantik sahaja.
Integriti pegawai yang layak untuk akses perlu dijaga supaya pihak yang berkenaan tidak menyalahgunakan sistem tersebut.PP juga boleh menyemak status penilaian PYD di bawah seliaan mereka melalui aplikasi mudah alih bagi sistem e-Prestasi iaitu MyPBPPP. Sistem e-Prestasi dibangunkan bagi pelaksanaan PBPPP dan boleh dilayari melalui laman rasmi e-Prestasi .
Fungsi ePrestasi
Sistem ePrestasi mengumpulkan data dari pelbagai sumber, termasuk sekolah, guru, dan pelajar. Data ini kemudian dianalisis untuk menghasilkan penilaian prestasi yang objektif dan menyeluruh. Penilaian ini dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia memahami kekuatan dan kelemahan sekolah-sekolah di Malaysia, dan dari situ, pihak kerajaan boleh merancang strategi untuk memperbaiki mutu pendidikan.
Selain itu, ePrestasi juga memudahkan perkongsian pengetahuan dan praktikal yang terbaik di antara guru dan sekolah. Ini membolehkan guru-guru mendapat manfaat daripada pengalaman dan kejayaan rakan-rakan mereka, dan seterusnya, meningkatkan mutu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Login e-Prestasi
Untuk login ke dalam ePrestasi, bolehlah login melalui butang pautan di bawah:
Pengenalan PBPPP
PBPPP adalah penilaian yang memberi fokus kepada penilaian dan pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
Penilaian ini juga merupakan suatu penilaian berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) berdasarkan standard prestasi yang telah ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 –2025.
Elemen dalam PBPPP
PBPPP memberi fokus kepada elemen:
- Kompentensi
- Potensi
- Keberhasilan Ia berasaskan Gred dan Jawatan, serta mengikut konsep berasaskan bidang tugas dan tempat bertugas.
Penilaian ini diwujudkan berdasarkan Anjakan 4: Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan berasaskan kompetensi. Anjakan 5: Kepimpinan berprestasi tinggi, dengan memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan dan penggantian bagi pengetua dan Guru Besar mulai 2013.
Kategori Kumpulan
Terdapat lima kategori kumpulan dalam komponen fungsional berasaskan bidang tugas iaitu
- PdP,
- PT (A),
- PT (B),
- Fasilitator
- Jurulatih.
Tempoh Penilaian
Fleksibiliti diberikan kepada organisasi untuk melaksanakan penilaian secara berterusan dalam tempoh satu tahun penilaian mengikut takwim yang dikeluarkan oleh KPM.
Sila rujuk Takwim PBPPP di laman rasmi e-Prestasi bagi setiap tahun. Untuk tahun 2023 sila rujuk gambar di bawah.
3 Fasa Penilaian ePrestasi KPM
PPP akan dinilai berdasarkan Penilaian Kompetensi dan Potensi yang merangkumi Generik dan Fungsional serta Penilaian Keberhasilan.
Penilaian dibuat mengikut aspek dalam instrumen dan prestasi pencapaian PYD diberikan mengikut aras penilaian sama ada
- Cemerlang,
- Baik,
- Sederhana,
- Memuaskan
- Lemah
berdasarkan rubrik yang ditetapkan.
Sepanjang tempoh setahun pelaksanaan, terdapat tiga fasa penilaian iaitu prapenilaian, semasa penilaian dan pascapenilaian. Rujuk jadual dibawah berkaitan fasa dan perlaksanaan penilaian.
Fasa | Perlaksanaan |
---|---|
FASA 1: Prapenilaian | Perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dalam fasa ini ialah: 1. Ketua Jabatan (Pengerusi JK PBPPP) melantik ahli-ahli dalam JK PBPPP di organisasi dan mendapatkan pengesahan daripada agensi penyelia. 2. JK PBPPP dan PP perlu merujuk takwim pelaksanaan PBPPP pada tahun semasa yang dikeluarkan oleh KPM dan agensi penyelia. 3. Pengerusi perlu mengadakan Mesyuarat JK PBPPP. 4. JK PBPPP memutuskan pelantikan PP peringkat organisasi dan mendapatkan pengesahan daripada agensi penyelia. 5. JK PBPPP melaksanakan taklimat/ pemakluman pelaksanaan PBPPP di peringkat organisasi pada tahun semasa. 6. JK PBPPP menyediakan perancangan pengurusan penilaian PBPPP peringkat organisasi. 7. PP menyediakan perancangan pelaksanaan penilaian secara individu. |
FASA 2: Semasa Penilaian | 1. PP1 dan PP2 berbincang dengan PYD untuk menetapkan sasaran keberhasilan. 2. PP1 dan PP2 membuat penilaian secara berterusan terhadap PYD. 3. PP1 dan PP2 memasukkan skor melalui sistem e-Prestasi dua kali setahun. 4. PP dan PP2 memaklumkan kepada PYD berkaitan pencapaian semasa dan memberikan bimbingan untuk meningkatkan pencapaian PYD dalam tugas yang dijalankan. 5. PP1, PP2 dan PYD membuat semakan semula sasaran komponen keberhasilan selepas penilaian pertama (jika perlu). 6. PP1 dan PP2 menyimpan dan menghantar skor PYD melalui sistem e-Prestasi. 7. PP1 dan PP2 membuat salinan borang skor dan menyerahkan salinan kepada PYD bagi setiap penilaian. 8. PP1 membuat salinan penilaian borang keberhasilan dan menyerahkan salinan kepada PYD bagi setiap penilaian. 9. JK PBPPP perlu memantau pelaksanaan PBPPP di organisasi masing-masing bagi memastikan pelaksanaan mengikut takwim dan prosedur yang ditetapkan. |
FASA 3 : Pascapenilaian | 1. JK PBPPP perlu bermesyuarat untuk membuat pelarasan sekiranya wujud perbezaan markah yang tidak tekal antara PP1 dan PP2. 2. JK PBPPP perlu memastikan markah akhir PYD yang telah diselaraskan dihantar melalui sistem e-Prestasi. 3. PYD boleh mendapatkan markah prestasi bagi tahun penilaian melalui Sistem HRMIS selepas dimuktamadkan oleh PPSM Induk KPM. |
Kelebihan ePrestasi
Sejak diperkenalkan, ePrestasi telah berjaya membantu Kementerian Pendidikan Malaysia memahami dengan lebih baik prestasi dan keperluan sekolah-sekolah di negara ini. Ini membolehkan Kementerian Pendidikan Malaysia merancang dan melaksanakan strategi yang lebih berkesan untuk memperbaiki pendidikan. Dengan adanya ePrestasi, Kementerian Pendidikan Malaysia kini dapat membuat keputusan yang lebih baik berdasarkan data dan bukti, bukan hanya berdasarkan senioriti atau pengalaman.
Secara keseluruhan, ePrestasi merupakan langkah penting dalam usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memacu kecemerlangan dalam pendidikan Malaysia. Dengan memanfaatkan teknologi digital, Kementerian Pendidikan Malaysia kini dapat lebih sistematik dan objektif dalam penilaian dan pemantauan prestasi sekolah dan guru, memastikan setiap murid di Malaysia mendapat pendidikan yang berkualiti dan seimbang.
Panduan Mengisi Borang Keberhasilan (Penilaian Akhir – November)
Bagaimana cara mengisi borang keberhasilan (PBPPP)?
Mungkin masih ramai yang kurang jelas, di sini kami kongsikan info untuk makluman bersama.
Muat turun Templat Borang Keberhasilan di bawah:
i) Template Borang Keberhasilan (xls)
ii) Template Borang Keberhasilan (xlsx)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang ePrestasi KPM, sila layari https://eprestasi.moe.gov.my/manual.html
Alamat:
UNIT PENILAIAN KOMPETENSI,
CAWANGAN LATIHAN DAN KOMPETENSI,
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA,
ARAS 4, BLOK E12, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.
Telefon: 03-8884 7294/ 7287/ 72884