Latihan EDISI PRA SEKOLAH : LEMBARAN KERJA MATEMATIK OPERASI TAMBAH 1-20

EDISI PRA SEKOLAH : LEMBARAN KERJA MATEMATIK OPERASI TAMBAH 1-20

627

MATEMATIK OPERASI TAMBAH 1-20 ini adalah lembaran kerja susulan dari yang sebelum ini yang melibatkan operasi penambahan angka 1 hingga 10. Lembaran ini pula melibatkan penambahan angka 1 hingga 20. Walaupun ia tidak mempunyai gambarajah yang menarik untuk diwarnakan, latihan yang disediakan adalah ringan dan mudah untuk diselesaikan dengan pemantauan sewajarnya dari ibu atau bapa.

MATEMATIK OPERASI TAMBAH 1-20

MATEMATIK OPERASI TAMBAH 1-20
MATEMATIK OPERASI TAMBAH 1-20

Seperti yang Tcer maklumkan sebelum, ibu dan bapa perlu kreatif bagi memastikan anak-anak dapat memberikan fokus untuk jangka masa panjang apabila menyiapkan kerja atau latihan yang diberikan. Gunakan apa-apa teknik atau kaedah yang menarik dan mudah untuk difahami oleh anak-anak. Pelbagaikan teknik yang dipilih sama ada melalui objek, lagu, gambarajah atau lain-lain.

Walaupun begitu, berikan juga mereka masa untuk berehat agar mereka tidak terlalu tertekan untuk menyiapkan tugasan. Berikan mereka masa dan peluang untuk menikmati masa cuti dan dalam masa yang sama tidak melupakan pelajaran.

MUAT TURUN SEKARANG :

OPERASI TAMBAH TAHAP 1

Point Utama Kepentingan Matematik untuk Prasekolah

Komunikasi dan Bahasa: Matematik melibatkan penggunaan simbol, formula dan tatatanda matematik. Melalui pembelajaran matematik, kanak-kanak belajar cara menggunakan bahasa matematik yang sesuai untuk menyatakan dan menerangkan idea dan konsep. Ini mengukuhkan kemahiran komunikasi mereka.

Prinsip Sains dan Teknologi: Matematik adalah asas kepada pelbagai bidang sains dan teknologi. Pembelajaran matematik membantu kanak-kanak memahami konsep dalam sains dan membuka pintu kepada minat mereka untuk meneruskan bidang berkaitan pada masa hadapan.

Bekalan Pekerjaan: Pemahaman yang baik tentang matematik membuka pelbagai peluang pekerjaan. Banyak profesion yang berkaitan dengan sains, teknologi, kejuruteraan, ekonomi, perakaunan, dan lain-lain memerlukan pengetahuan matematik yang mantap.