Latihan EDISI PRA SEKOLAH : SAINS (HAIWAN)

EDISI PRA SEKOLAH : SAINS (HAIWAN)

214

Modul yang ketiga dalam edisi ini bertemakan haiwan. Topik ini merupakan topik menarik dan paling menyeronokkan untuk dipelajari oleh kanak-kanak. Dalam topik ini, mereka diminta untuk mengenalpasti jenis haiwan, jenis makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut dan beberapa tugasan mudah lainnya. Mereka juga boleh mewarnakan gambarajah yang terdapat dalam latihan ini.

Lembaran kerja ini terdiri daripada 21 muka surat menarik dan dihiasi dengan pelbagai jenis haiwan. Sekiranya guru atau ibu bapa ingin memberikan latihan ini secara berperingkat juga tidak menjadi satu masalah. Tetapi Tcer mencadangkan untuk mencetak dan menjadikan ia sebagai satu buku latihan masa lapang yang boleh disiapkan dan dirujuk bila-bila masa sebagai bahan belajar tambahan.

Memandangkan topik ini juga suatu topik menarik yang boleh diulangkaji pada bila-bila masa, ia juga amat sesuai dijadikan sebagai kamus bergambar bertemakan haiwan. Ibu bapa dan guru boleh mengajak pelajar untuk sama-sama melakukan aktiviti yang bertemakan haiwan sambil menyiapkan tugasan ini.

MUAT TURUN SEKARANG :

Lembaran Sains HAIWAN

Kebaikan Belajar Sains Bagi Murid Prasekolah

Secara umumnya, terlalu banyak kebaikan bagi murid-murid prasekolah perolehi apabila mereka belajar sains di sekolah. Namun begitu, ada 3 perkara yang mungkin kita terlepas pandang dan patut kita ketahui iaitu :

1. Membangunkan Kemahiran Komunikasi

Pembelajara sains melibatkan perbualan dan penerangan, yang membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran komunikasi lisan dan bertulis. Mereka belajar untuk menyampaikan idea mereka dengan jelas dan berkesan, dan membincangkan penemuan dan pengalaman mereka dengan orang lain. Ia membantu dalam membangunkan kemahiran sosial yang penting dalam berinteraksi dengan orang lain.

2. Menumbuhkan Rasa Prihatin terhadap Alam Sekitar

Pendidikan sains juga menyedarkan kanak-kanak tentang keperluan untuk melindungi dan melindungi alam sekitar. Mereka belajar tentang pergantungan manusia terhadap alam semula jadi dan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Dengan memahami kepentingan melindungi alam sekitar, mereka menjadi lebih sedar dan bertanggungjawab terhadap ekosistem yang mereka tinggali.

3. Membuka Peluang Kerjaya di Masa Hadapan

Pendidikan sains pada peringkat awal dapat merangsang minat dan bakat sains dalam diri kanak-kanak. Ini boleh membuka peluang kepada mereka untuk meneruskan kerjaya dalam bidang sains dan teknologi pada masa hadapan. Dunia hari ini sangat bergantung kepada sains dan teknologi