Facebook Instagram Twitter Youtube
  • Latihan
  • Motivasi
  • Nota
  • Soalan Peperiksaan
  • SPM
  • Takwim dan Jadual
  • Tips
Search
Pendidikan Rasmi
  • Latihan
  • Motivasi
  • Nota
  • Soalan Peperiksaan
  • SPM
  • Takwim dan Jadual
  • Tips
Login eOPERASI KPM: MODUL PENGURUSAN GURU 2023
  • Login

eOPERASI KPM: MODUL PENGURUSAN GURU 2023

October 2, 2023
1910
eOPERASI KPM: MODUL PENGURUSAN GURU
Laman utama eOPERASI KPM: MODUL PENGURUSAN GURU

eOperasi KPM Modul Pengurusan Guru, merupakan aplikasi secara dalam talian yang digunakan oleh para guru. E-Operasi adalah merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru.

Contents

  • 1 eOPERASI KPM: MODUL PENGURUSAN GURU
    • 1.1 Pengenalan
    • 1.2 Kategori Pengguna
    • 1.3 Matlamat eOperasi
  • 2 Panduan Penggunaan Aplikasi eOperasi
    • 2.1 Login masuk
    • 2.2 Pendaftaran dan Login pertama Kali eOperasi
    • 2.3 Terlupa kata laluan
  • 3 Kemaskini Maklumat Pengguna
      • 3.0.1 Langkah Kemaskini Maklumat Peribadi
    • 3.1 Maklumat Staf
    • 3.2 Maklumat Enrolmen
    • 3.3 Anggaran Belanja Mengurus (ABM)
    • 3.4 Borang Status Kedudukan Guru (BSKG)
    • 3.5 Instrumen
    • 3.6 Maklumat Subjek
    • 3.7 Tidak Dapat Buka eOperasi KPM?
    • 3.8 Maklumat Lanjut / Pertanyaan

eOPERASI KPM: MODUL PENGURUSAN GURU

Pengenalan

Sistem eOperasi adalah sebuah sistem pangkalan modul pengurusan guru yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Kategori Pengguna

Modul ini melibatkan pengurusan data berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu

  1. Pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri,Daerah, dan Sekolah),
  2. Pengguna (guru dan bukan guru)

Matlamat eOperasi

Tujuan eOperasi ini diwujudkan adalah bagi memudahkan tugas pengurusan guru dan bukan guru di bawah KPM seperti tugasan kemaskini data, semakan status pertukaran lokasi dan penempatan guru.

Dengan kewujudan sistem ini, guru dan bukan guru yang ingin menyelesaikan perkara-perkara tersebut boleh melakukannya secara dalam talian, bila-bila masa dan di mana-mana sahaja

Di samping itu juga, sistem ini memudahkan setiap sektor operasi pendidikan untuk mengemaskini data dengan tepat melalui dalam talian.

Panduan Penggunaan Aplikasi eOperasi

Login masuk

Pengguna boleh login ke sistem dengan menggunakan butiran ID, Kata Laluan dan No. Kad Pengenalan Pengguna perlu memastikan butiran adalah tepat seperti yang didaftarkan. 

eOPERASI KPM: MODUL PENGURUSAN GURU

bagi yang belum ada akaun pengguna, anda boleh mengikuti panduan di bawah.

Pendaftaran dan Login pertama Kali eOperasi

Sebelum dapat login eoperasi, para guru perlulah mempunyai akaun eOperasi dahulu, daftar mengikut panduan yang diberikan,

  1. Layari laman web MOE untuk mendaftar eOperasi di sini: laman rasmi eOperasi
  2. Isikan Nama
  3. Isikan No Kad Pengenalan. Pastikan tidak mempunya dash atau sempang (-). Contohnya, 941010142225
  4. Isikan No. Gaji
  5. Isikan ID Pengguna yang akan digunakan untuk login eOperasi KPM nanti. Pastikan dalam 8 – 12 aksara sahaja.
  6. Pilih Kata Laluan
  7. Buat Pengesahan Kata Laluan
  8. Masukkan Emel. Contohnya [email protected]
  9. Isikan Tarikh Lahir menggunakan format berikut hh/bb/tttt )
  10. Pilih dan jawab salah satu Soalan Keselamatan eOperasi KPM
  11. Masukkan Jawapan Soalan Keselamatan
  12. Tekan butang SIMPAN
  13. Sila semak proses pendaftaran eOperasi KPM ini dengan Pentadbir Sistem
  14. Selepas selesai semua urusan pendaftaran, barulah anda boleh login
eOPERASI KPM: MODUL PENGURUSAN GURU

sekiranya terlupa kata laluan, anda boleh cuba langkah di bawah

Terlupa kata laluan

Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan dan klik butang Hantar (kata laluan pengguna akan dihantar kepada emel yang telah didaftarkan.

Jika pengguna terlupa kata laluan, boleh dapatkan semula kata laluan tersebut dengan klik ke pautan Lupa Kata Laluan

eOPERASI KPM: MODUL PENGURUSAN GURU

Kemaskini Maklumat Pengguna

Langkah Kemaskini Maklumat Peribadi

Maklumat peribadi adalah salah satu fungsi yang terdapat dalam eOperasi. Fungsi ini membolehkan guru untuk mengemaskini data peribadi mereka, seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, emel dan lain-lain. Untuk menggunakan fungsi ini, anda boleh mengikuti panduan berikut :

  • Log masuk ke eOperasi dengan menggunakan ID pengguna, kata laluan dan nombor kad pengenalan anda.
  • Klik pada menu Maklumat Peribadi di sebelah kiri halaman.
  • Anda akan melihat senarai maklumat yang boleh anda semak dan sahkan, seperti maklumat pasangan, akademik, perkhidmatan, elaun dan lain-lain.
  • Jika ada maklumat yang tidak tepat atau perlu dibetulkan, anda perlu memberitahu Penolong Kanan 1 di sekolah anda beserta dokumen sokongan yang berkaitan.
  • Selepas membuat semakan, anda perlu menandakan (√) di bahagian pengesahan maklumat.

Antara maklumat yang perlu diisi dan dikemaskini adalah seperti berikut:

Maklumat Staf

  • maklumat pasangan
  • maklumat subjek ajar
  • maklumat akademik
  • maklumat ikhtisas
  • maklumat sejarah perkhidmatan
  • maklumat peribadi
  • maklumat perkhidmatan
  • maklumat pengirisian jawatan guru dan bukan guru

Maklumat Enrolmen

Enrolmen bermaksud bilangan orang yang mendaftarkan diri sbg pelajar di institusi dalam kamus Dewan edisi keempat.

  • enrolmen ikut kelas
  • enrolmen ikut subjek
  • enrolmen ikut elektif

Anggaran Belanja Mengurus (ABM)

  • Permohonan
  • Semakan
  • Kelulusan
  • Analisis kelulusan / pelaksanaan

Borang Status Kedudukan Guru (BSKG)

  • Kedudukan guru
  • Pengisian opsyen
  • kurang / lebih mengikut opsyen

Instrumen

  • Penilaian program orientasi guru baru
  • Penilaian seminar

Maklumat Subjek

  • Analisis pemantauan
  • Subjek Elektif
  • MPV
  • PAV

Selain mengemaskini maklumat ini, pelbagai kemaskini terkini juga boleh diketahui dengan mudah melalui ruang pengumuman di laman rasmi e-operasi.

Tidak Dapat Buka eOperasi KPM?

Kenapa tak dapat buka? Itu antara masalah dihadapi dikalangan guru kpm dalam waktu tertentu

Sebenarnya portal ini selalunya menerima trafik dan pelawat yang sangat tinggi sehingga server yang digunakan oleh pihak KPM Kementerian Pendidikan Malaysia menjadi sesak.

Oleh itu cadangan kami, sila cari masa lain untuk log in masuk di waktu yang sesuai.

Maklumat Lanjut / Pertanyaan

Pertanyaan lanjut boleh disalurkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing melalui nombor telefon yang tertera pada butang ‘Bantuan’.

Jika masih terdapat sebarang persoalan atau masalah sepanjang menggunakan sistem eOperasi dalam talian ini, pengguna juga boleh terus menghubungi pihak yang terlibat melalui email berikut: [email protected]

Guru-guru boleh login SPKPM bagi memudahkan urusan harian anda.

Previous articleNOTA BAB PECAHAN TAHUN 6 SUBJEK MATEMATIK
Next articleEGTUKAR KPM: PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SEKOLAH
Ibnu Syar

RELATED ARTICLESMORE FROM AUTHOR

APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)

Panduan Login Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) 2023

SPLKPM: SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU

Recent Posts

  • Ujian Sumatif 1 Bahasa Arab Darjah 1 2025
  • Soalan Exam Sumatif 1 Pendidikan Islam Darjah 6 2025
  • Soalan Sumatif 1 PAI Tahun 5 2025 Terbaik
  • Latihan Sumatif 1 PAI Tahun 4 2025
  • Soalan Exam Sumatif 1 Pendidikan Islam Tahun 3 2025
We provide you with the latest breaking news and videos straight from the entertainment industry.
Contact us: [email protected]
Facebook Instagram Twitter Youtube

MUNGKIN MEMINATI

Ujian Sumatif 1 Bahasa Arab Darjah 1 2025

Ujian Sumatif 1 Bahasa Arab Darjah 1 2025

April 8, 2025
Soalan Exam Sumatif 1 Subjek Pendidikan Islam Darjah 6 2025

Soalan Exam Sumatif 1 Pendidikan Islam Darjah 6 2025

April 8, 2025
Soalan Sumatif 1 PAI Tahun 5 2025

Soalan Sumatif 1 PAI Tahun 5 2025 Terbaik

April 7, 2025

KATEGORI POPULAR

  • Latihan403
  • Soalan Peperiksaan332
  • Buku Panduan & Pengurusan220
  • SPM213
  • Modul207
  • Nota172
  • UPSA132
  • Utama
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hubungi
© Pendidikan SGO