Buku Panduan & Pengurusan Fail Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

Fail Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

5394

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Fail Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) ini telah menggantikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan telah berkuatkuasa sepenuhnya bermula tahun 2016.

Selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, penilaian menggunakan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas. PBPPP memfokuskan kepada elemen kompentensi, potensi, keberhasilannya adalah berasaskan Gred dan Jawatan, serta mengikut konsep bidang tugas dan tempat bertugas.

Penilaian ini diwujudkan berdasarkan Anjakan 4 iaitu Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan berasaskan kriteria pemilihan dan proses perancangan serta penggantian bagi Pengetua dan Guru Besar sejak 2013.

Objektif PBPPP

Instrumen PBPPP terdiri daripada tiga komponen iaitu Generik, Fungsional dan Keberhasilan. Komponen Generik adalah dinilai berdasarkan keperluan kompetensi umum perkhidmatan awam manakala komponen Fungsional dinilai berdasarkan pengetahuan dan kemahiran mengikut tugas dan tempat bertugas PPP. Keberhasilan dinilai berdasarkan peningkatan dan/atau pencapaian hasil kerja berasaskan bidang tugas PPP.

  1. Menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
  2. Menilai keberhasilan (aspek peningkatan dan pencapaian) yang merupakan hasil kerja Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
  3. Mengenal pasti kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk membolehkan Program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) dilaksanakan
  4. Mengenal pasti keperluan latihan untuk pembangunan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)

Matlamat PBPPP

Pembangunan instrumen PBPPP bermula dengan pemansuhan Penilaian Tahap Kompetensi (PTK) pada Oktober 2010 dan selepas itu, Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) memulakan langkah dengan mengadakan Persidangan Penilaian Kompetensi BPPK dan JPN pada Disember 2010, Persidangan Pegawai Kanan KPM pada bulan Januari 2011 dan Persidangan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) pada bulan Februari 2011 dalam mendapatkan input serta idea bagi mewujudkan penilaian kompetensi yang boleh diterima oleh semua pihak. Berikut adalah antara matlamat utama pembinaan PBPPP:

  1. Meningkatkan kecekapan dan komitmen bagi melahirkan PPP yang berprestasi tinggi
  2. Penilaian secara menyeluruh yang menggabungkan jalinan kompetensi dan potensi serta keberhasilan PPP
  3. Bagi mendokong aspirasi ke arah pendidikan yang berkualiti tinggi

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) digubal berdasarkan kepada prinsip asas penilaian berikut:

  • Penilaian yang adil dan telus bergantung kepada prestasi atau hasil kerja atau output atau income atau impak yang bersesuaian serta perlaksanaan yang berkaitan dalam menjalankan tugas dan bertanggungjawab.
  • Menggalakkan persaingan secara positif dalam menaiktaraf kualiti dan produktiviti dalam mencapai objektif organisasi.
  • Fokus kepada penilaian kepada pegawai mengikut tanggungjawab dan bidang tugas.

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) merupakan penilaian yang fleksibel kerana ianya tidak hanya terikat pada satu kaedah, masa dan tempat penilaian. Penilaian boleh dijalankan oleh PP mengikut kesesuaian kaedah, masa dan tempat berdasarkan tugas yang dijalankan oleh PYD.

Sebelum ini, kami juga ada kongsikan tentang Bahan Program Transisi dan Kertas Kerja 2021 yang bermanfaat kepada para pelajar dan guru.

Dapatkan “Fail Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)” di sini

Disini kami kongsikan Fail-fail Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) untuk memudahkan pegawai mengakses dan menggunakannya.

Dokumen Asas PBPPP:

  • Pembahagi/Divider Portfolio PBPPP
  • Contoh Fail PBPPP

Fasa Penilaian

Tempoh penilaian perlulah dilaksanakan secara berterusan dalam tempoh 1 tahun pada tahun semasa dan penilaian dilaksanakan melalui sistem e-Prestasi dan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali setahun dan dalam jangka masa ini, Pegawai Penilai mestilah melengkapkan penilaian dan menghantar skor akhir penilaian.

Sepanjang tempoh setahun penilaian, terdapat tiga fasa penilaian iaitu prapenilaian, semasa penilaian dan pascapenilaian. Semasa fasa prapenilaian, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan akan menerima takwim pelaksanaan PBPP pada tahun semasa dan taklimat pelaksanaan diperingkat organisasi akan dijalankan.