Kertas Kerja Bahan Program Transisi dan Kertas Kerja 2021

Bahan Program Transisi dan Kertas Kerja 2021

2014
Bahan Program Transisi dan Kertas Kerja 2021

Bahan Program Transisi dan Kertas Kerja 2021 ini sangat penting dan merupakan program pertama yang akan dijalankan oleh pihak pengurusan sekolah. Perkongsian kali ini ialah beberapa bahan program transisi dan kertas kerja yang terdiri daripada

  • Kit program
  • Modul Program Transisi Tahun Satu
  • Modul Latihan Transisi Tahun Satu bagi sesi 2021
  • Jadual Transisi Tahun Satu sesi 2021 (Hari & Minggu)
  • Kertas Kerja minggu Transisi Tahun Satu sesi 2021

Untuk pengetahuan umum, Program Transisi Tahun Satu ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk membantu para pelajar menyesuaikan diri dengan keadaan berbeza dari pendidikan tidak formal di sekolah tadika atau di rumah dengan pendidikan secara formal dalam Tahun Satu di sekolah rendah.

Selain itu, Program Transisi Tahun Satu juga memastikan semua pelajar daripada pelbagai latar belakang, pengalaman yang berbeza dapat menjalani proses pembelajaran di Tahun Satu dengan sama rata. Program ini dilaksanakan dengan pelbagai jenis aktiviti secara individu mahupun kumpulan selama 2 minggu.

Dapatkan Set Soalan Diagnostik Minggu Transisi Murid Tahun 1 Terbaru

Baiklah ini merupakan update dari tahun 2024 dimana kami membuat 1 perkongsian menarik untuk anda semua dapatkan soalan diagnostik untuk tahun 1. Sila download di ruangan yang diberikan.

Matlamat Program Transisi Tahun Satu

Dengan pelaksanaan Program Transisi Tahun Satu ini, guru-guru dapat memastikan keperluan murid dari segi kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani serta menyelaraskan semua perkara ini secara terperinci dan menyeluruh agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Antara matlamat program ini ialah:-

  1. Membantu murid-murid menghadapi perubahan dari keadaan tadika dengan alam persekolahan secara formal.
  2. Membimbing murid-murid menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang berbeza, mengenal guru-guru dan kawan baru dalam tempoh yang singkat.
  3. Dapat menarik minat murid supaya sentiasa gembira dan teruja ingin pergi ke sekolah untuk belajar.

Dapatkan “Bahan Program Transisi dan Kertas Kerja 2021” di sini


Di sini kami ingin kongsikan Bahan Program Transisi dan Kertas Kerja 2021. Sila muat turun dengan klik pada link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘DOC’

Download : 

  • Kit Program Transisi 2021 (BPK)
  • Kertas Kerja Program Minggu Transisi 2021
  • Jadual Program Transisi (Hari & Minggu)
  • Modul Program Transisi Murid Tahun Satu
  • Modul Latihan Program Transisi Tahun Satu 2021

Persediaan Persekitaran Kelas

Program Transisi dan Kertas Kerja

Susun atur kelas Tahun Satu mestilah mempunyai sedikit persamaan dengan kriteria yang terdapat dalam kelas Prasekolah. Oleh itu, dalam usaha memastikan persekitaran kelas Tahun Satu berada dalam keadaan ceria dan kondusif pelbagai persediaan perlu dilakukan.

Antara persediaan yang perlu dilakukan oleh guru-guru atau pihak pengurusan sekolah dari segi di dalam dan di luar kelas ialah:-

  1. Mendapatkan kerjasama dan sumbangan daripada pihak PIBG, orang berkepentingan atau orang perseorangan
  2. Pihak pentadbiran atau pengurusan sekolah memilih lokasi kelas yang sesuai
  3. Pemilihan perabot atau peralatan kelas harus bersesuaian
  4. Menghias kelas supaya lebih ceria, menarik dan kondusif agar proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan seronok

Langkah Persediaan Guru Tahun Satu

Program Transisi dan Kertas Kerja

Keupayaan seorang guru dapat memastikan keberkesanan sesuatu program yang dilaksanakan. Bagi memastikan keberkesanan Program Transisi Tahun Satu ini berada pada tahap yang baik dan memuaskan, guru Tahun Satu perlu mempunyai perancangan dan persediaan yang baik.

Sepanjang tempoh pelaksanaan Program Transisi ini, pelbagai aktiviti dijalankan. Justeru, guru perlu bersedia dan melakukan perkara-perkara penting berikut:-

  • Memahami dengan jelas dan terperinci konsep dan pengertian Program Transisi
  • Memahami dan memantau tahap kemajuan murid melalui rekod perkembangan murid
  • Memahami Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Prasekolah
  • Memahami pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
  • Memahami dan menghayati kandungan Kursus Pengurusan Penyayang Guru Tahun Satu

 Perkongsian Yang Bermanfaat

Akhir kata, diharapkan perkongsian daripada artikel kami berkenaan Bahan Program Transisi dan Kertas Kerja 2021 ini dapat memberikan manfaat kepada para guru Tahun Satu supaya dapat melaksanakan Program Transisi Tahun Satu dengan jayanya dan memperkasakan aktiviti disekolah masing-masing.