Buku Panduan & Pengurusan Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah

Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah

7702

Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah merupakan satu bahan yang boleh membantu para guru sekalian untuk merangka perjalanan aktiviti kokurikulum sekolah mereka. Buku panduan pengurusan kokurikulum sekolah ini juga boleh diguna pakai oleh para pelajar yang ingin mendapatkan bantuan panduan bagi menjayakan lagi aktiviti-aktiviti kokurikulum sekolah mereka.

Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah ini yang disusun oleh Kementerian Pelajaran Malaysia boleh diguna pakai di seluruh Malaysia kerana sifatnya yang praktikal. Buku ini diguna pakai oleh sekolah-sekolah kerajaan sama ada sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.

Kokurikulum

Mengikut akta pendidikan 1996; kegiatan kokurikulum ialah sebagai kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari dibilik darjah. Kokurikulum adalah aktiviti pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:

  • Penyertaan dalam sukan dan permainan.
  • Penyertaan dalam persatuan dan kelab.
  • Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam.
  • Lain-lain kegiatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kelebihan Aktiviti Kokurikulum

Faedah atau manfaat kegiatan kokurikulum di sekolah:

  1. Memperluaskan pengetahuan dan pengalaman murid.
  2. Membentuk sahsiah dan membina konsep kendiri.
  3. Meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri murid.
  4. Menyemai daya kepimpinan.
  5. Mencabar minda dan ketahanan diri murid serta memupuk bakat murid.
  6. Murid dapat menggunakan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

Dapatkan Buku Panduan Kokurikulum Sekolah di sini


Di sini admin nak berikan secara percuma kepada anda semua. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah

 

Selain buku panduan ini, anda juga boleh dapatkan Buku Panduan 1 Murid 1 Sukan. Para guru serta kakitangan sekolah juga boleh dapatkan Buku Panduan Tugas Guru dan Staf.

Tugas Ahli Jawatankuasa

Tanggungjawab Jawatankuasa Kokurikulum:

  1.  Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang / Pendek).
  2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
  3.  Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
  4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
  5.  Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
  6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah/negeri/kebangsaan.
  7.  Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual Kokurikulum.
  8.  Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga sekolah, Merentas Desa, Hari Kecemerlangan Kokurikulum dan kegiatan lain.
  9. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
  10. Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh pelajar.

Tanggungjawab Penolong Kanan Kokurikulum:

  1. Menentukan objektif gerak kerja kokurikulum sekolah tercapai.
  2. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerak kerja kokurikulum sekolah.
  3. Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerak kerja kokurikulum.
  4. Memastikan supaya setiap unit gerak kerja kokurikulum berjalan dengan lancar, berterusan dan berkesan.
  5. Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti kokurikulum.
  6. Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada pelajar.
  7.  Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum.
  8. Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti kokurikulum.

Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum:

  1. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
  2. Membantu Guru Besar dan GPK Ko Kurikulum dalam pengagihan tugas kepada guru-guru, perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar.
  3. Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti persatuan/kelab/pasukan badan beruniform dan sukan/permainan.
  4. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.
  5. Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.
  6. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan mencukupi.
  7. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan
    mengadakan latihan dengan mereka.

 Perkongsian Yang Bermanfaat

Sebagai penutup kata, diharapkan pekongsian Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan pelajar supaya dapat  memperkasakan aktiviti kokurikulum disekolah masing-masing.