Buku Panduan & Pengurusan Kompilasi Perancangan Strategik Panitia Mata Pelajaran

Kompilasi Perancangan Strategik Panitia Mata Pelajaran

4349

KOMPILASI PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA MATA PELAJARAN

Kompilasi Perancangan Strategik Panitia Mata Pelajaran ini merupakan himpunan beberapa perancangan strategik panitia bagi setiap subjek mata pelajaran yang terdapat di sekolah. Perancangan strategik ini terdiri daripada empat komponen utama, iaitu merancang (planning), mengelola (organizing), memimpin (leading) dan mengawal (controlling) yang disususun secara teratur serta sentiasa dikemas kini setiap masa dalam mencapai matlamat atau kejayaan sesebuah organisasi. Empat komponen utama ini lazimnya dirujuk juga sebagai POLC hasil daripada gabungan huruf pertama bagi setiap perkataan-perkataan tersebut dalam bahasa Inggeris.

Perancangan strategik ini perlulah difahamkan konsepnya terlebih dahulu sebaiknya supaya dapat diaplikasikan dengan berkesan oleh seseorang pengurus ataupun pentadbir sesebuah organisasi. Hal ini demikian kerana, perancangan strategik ini akan menjadi penanda aras bagi menjamin kejayaan sesebuah organisasi tersebut dalam jangka masa tertentu. Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui pembelajaran secara teori dapat diaplikasikan melalui program-program berasaskan konsep pengurusan strategik ini.

Konsep Perancangan Strategik

Menurut Mintzberg,Henry (1994), perancangan merupakan satu tatacara atau aturan bekerja untuk mendapatkan hasil yang dapat dinyatakan secara jelas dan tersusun dalam satu sistem membuat keputusan yang bersepadu. Komponen utama dalam sesebuah perancangan adalah berfikir tentang masa hadapan dan berusaha untuk mengawal masa hadapan. Strategik pula merujuk kepada kebolehan dalam megurus sesuatu dan mempunyai hala tuju yang jelas. Oleh hal yang demikian dapatlah dirumuskan beberapa konsep perancangan strategik yang boleh ditakrifkan dengan lebih komprehensif, iaitu:

  • Satu proses yang kompleks dan berterusan dalam memacu perubahan atau perkembangan sesebuah organisasi.
  • Berorientasikan masa hadapan dan berfokus terhadap matlamat yang ingin dicapai dalam sesuatu jangka masa tertentu. Perkara ini melihat  bagaimana organisasi akan berubah dalam tempoh masa tiga tahun dari sekarang. Sasaran difokuskan terhadap pencapaian yang bakal diperoleh pada tiga tahun akan datang.
  • Berdasarkan analisis sesuatu kejadian atau ramalan arah atau trend dan senario masa hadapan yang munasabah, dan juga menganalisis data luaran dan dalaman.
  • Suatu perkara yang bersifat fleksibel dan berorientasikan gambaran besar. Hal ini menjajarkan atau menyelaraskan organisasi dengan persekitaran semasa lalu membangunkan strategi yang seiring dengan pencapaian matlamat yang dimahukan. Ianya merupakan sebuah proses yang dinamik, aktiviti yang berterusan berasaskan analisis kendiri.
  • Membina satu kerangka untuk mencapai hasil yang kompetetif melalui penganalisaan organisasi, persekitaran dalaman dan luaran serta potensinya. Perkara ini membolehkan ia bergerak balas terhadap trend-trend, peristiwa-peristiwa, cabaran-cabaran dan peluang-peluang yang baru timbul. Hal ini merujuk kepada sasaran dalam mengubah cara organisasi berfikir dan beroperasi, dan membina satu proses pembelajaran organisasi.
  • Apabila berjaya, ia akan mempengaruhi keseluruhan operasi sesebuah organisasi dan mewujudkan suatu budaya kerja baharu yang lebih berdaya saing.

Kepentingan Perancangan Strategik

Perancangan strategik mempunyai beberapa kepentingannya yang tersendiri dalam pengurusan sesuatu program ataupun projek sesebuah organisasi, iaitu:

  • membina rangka kerja yang tersusun dan sistematik,
  • membantu organisasi membuat ramalan masa hadapan dengan tepat,
  • membolehkan organisasi mengambil langkah proaktif apabila menghadapi sebarang perubahan semasa,
  • melahirkan pengurus atau pemimpin yang cemerlang dan berkualiti, serta
  • menjadikan organisasi dalam keadaan sentiasa bersedia dengan persekitaran dalaman atau luaran.

Secara keseluruhannya, dapatlah difahami bahawa perancangan strategik panitia ini merujuk kepada perangkaan atau penstrukturan program yang dilakukan oleh para guru di sekolah dalam mencapai hala tuju kejayaan sesebuah mata pelajaran dalam kalangan murid atau pelajar. Lazimnya perancangan strategik ini akan dikemas kini dan sentiasa berubah dari semasa ke semasa berdasarkan prestasi tahunan murid terhadap penguasaan sesuatu mata pelajaran yang dinilai melalui ujian atau peperiksaan.

Dapatkan “Kompilasi Perancangan Strategik Panitia” di sini


Di sini admin nak kongsikan beberapa bahan yang berkaitan dengan perancangan strategik panitia bagi setiap mata pelajaran di sekolah. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘DOC’

Download : 

  1. Perancangan Strategik Panitia Bahasa Melayu
  2. Perancangan Strategik Panitia Bahasa Inggeris
  3. Perancangan Strategik Panitia Bahasa Cina
  4. Perancangan Strategik Panitia Sejarah
  5. Perancangan Strategik Panitia Matematik
  6. Perancangan Strategik Panitia Sains
  7. Perancangan Strategik Panitia Pendidikan Islam
  8. Perancangan Strategik Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  9. Perancangan Strategik Panitia Reka Bentuk dan Teknologi
  10. Perancangan Strategik Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  11. Perancangan Strategik Panitia Muzik

 

Diharapkan perkongsian Kompilasi Perancangan Strategik Panitia Mata Pelajaran ini dapat membantu barisan guru dalam merencana dan menstruktur program bagi setiap mata pelajaran di sekolah dengan lebih berkesan. Perancangan Strategik ini juga disebut sebagai Pelan Strategik di sesetengah sekolah.

Ikuti kami di laman sesawang Sistem Guru Online bagi mendapatkan perkongsian yang lebih banyak dari semasa ke semasa.