Buku Panduan & Pengurusan Kompilasi Perancangan Aktiviti Panitia Mata Pelajaran

Kompilasi Perancangan Aktiviti Panitia Mata Pelajaran

7789

KOMPILASI PERANCANGAN AKTIVITI PANITIA MATA PELAJARAN

Kompilasi Perancangan Aktiviti Panitia Mata Pelajaran ini merupakan himpunan beberapa perancangan aktiviti tahunan panitia bagi setiap mata pelajaran yang terdapat di sekolah. Berdasarkan bidang pengurusan kurikulum, panitia mata pelajaran berperanan penting dalam membuat perancangan pelbagai aktiviti untuk membentuk kemenjadian murid dalam akademik.

Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan satu surat pekeliling ikhtisas (Bilangan 4, Tahun 1986) bagi menjelaskan secara terperinci berkenaan fungsi dan peranan panitia mata pelajaran di sekolah. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu pihak sekolah melaksanakan kurikulum secara lebih efisien dengan wujudnya sokongan daripada panitia mata pelajaran ini.

Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah akan diwakili oleh satu unit panitia tertentu. Ketua bagi sesuatu panitia ini pula kebiasaannya dilantik dalam kalangan guru mata pelajaran yang sudah berpengalaman lebih lama dan lebih senior dalam mata pelajaran tersebut. Pemilihan seseorang sebagai ketua panitia lazimnya diberikan atas kepercayaan untuk membangunkan subjek dan prestasi akademik subjek dalam sesebuah sekolah.

Tugas Ketua Panitia

Ketua panitia dipertanggungjawabkan untuk menggalas beberapa tugas tertentu seperti mana yang disenaraikan di bawah:

  • Mengadakan mesyuarat 4 kali setahun serta mengadakan perjumpaan-perjumpaan ‘ad-hoc’ (tergempar) sekiranya memerlukan bagi membincangkan masalah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran berkenaan.
  • Membantu menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru mata pelajaran.
  • Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang kemas kini oleh semua guru dan panitianya.
  • Bertanggungjawab terhadap penyediaan Rancangan Mengajar Tahunan yang diselaraskan oleh guru-guru dalam sesuatu tahun.
  • Memilih, mengkaji dan mencadangkan buku-buku rujukan, bahan-bahan bacaan atau Alat Bantu Mengajar (ABM) yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para murid dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah.

Tugas-tugas lain:

  • Mengkaji dan menilai prestasi murid dalam setiap peperiksaan serta membuat analisis keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan.
  • Menyediakan dan merancang aktiviti murid dalam mata pelajaran berkenaan.
  • Membuat pemerhatian, mengambil tahu dan melaporkan kepada Penolong Kanan Satu tentang hasil kerja murid serta kelemahan/kekuatan atau masalah guru-guru dalam panitianya.
  • Memastikan supaya bahan-bahan pengajaran serta alat-alat bantu mengajar digunakan dengan sebaiknya.

Penentu terhadap kejayaan sesebuah panitia bergantung kepada dua komponen utamanya, iaitu matlamat (misi & visi) dan kualiti kepimpinan yang dimainkan oleh ketua panitia dalam mewujudkan satu budaya kerja yang harmoni dan sepakat antara ahli-ahlinya untuk memacu perkembangan dan kejayaan program pengajaran mata pelajaran berkenaan di peringkat sekolah.

Dapatkan “Kompilasi Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia Mata Pelajaran” di sini


Di sini admin nak kongsikan pelbagai jenis aktiviti tahunan panitia yang terdiri daripada pelbagai subjek untuk diguna pakai di semua peringkat persekolahan sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam bentuk ‘DOC’

Download : 

  1. Aktiviti Tahunan Panitia Bahasa Melayu
  2. Aktiviti Tahunan Panitia Bahasa Inggeris
  3. Aktiviti Tahunan Panitia Bahasa Arab
  4. Aktiviti Tahunan Panitia Bahasa Cina
  5. Aktiviti Tahunan Panitia Bahasa Tamil
  6. Aktiviti Tahunan Panitia Sejarah
  7. Aktiviti Tahunan Panitia Matematik
  8. Aktiviti Tahunan Panitia Sains
  9. Aktiviti Tahunan Panitia Pendidikan Islam
  10. Aktiviti Tahunan Panitia Pendidikan Moral
  11. Aktiviti Tahunan Panitia Kemahiran Hidup
  12. Aktiviti Tahunan Panitia Reka Bentuk dan Teknologi
  13. Aktiviti Tahunan Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  14. Aktiviti Tahunan Panitia Muzik

 

Diharapkan perkongsian Kompilasi Perancangan Aktiviti Panitia Mata Pelajaran ini sedikit sebanyak dapat membantu para guru dalam mengendalikan pelaksanaan kurikulum yang lebih berhemah dan berwawasan.

Ikuti kami di laman saman sesawang Sistem Guru Online untuk perkongsian yang lebih banyak dari semasa ke semasa.