Kertas Kerja Himpunan Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan

Himpunan Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan

4255

 

Himpunan Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan

Himpunan Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan ini merupakan kertas kerja yang dikongsikan oleh beberapa orang guru yang mana admin himpunkan sebagai panduan kepada rakan-rakan guru yang lain khususnya dalam menyediakan kertas kerja untuk bulan Kebangsaan pada tahun ini.

Tanggal 31 Ogos merupakan hari bersejarah bagi rakyat Malaysia kerana 65 tahun yang lalu iaitu pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu telah mendapat kemerdekaan daripada Kerajaan British. Sebagai manifestasi wadah perjuangan segenap lapisan masyarakat bersama pemimpin yang menuntut kedaulatan, kebebasan dan kemerdekaan, Malaysia telah mengisytiharkan 31 Ogos sebagai Hari Kebangsaan yang turut dikenali sebagai Hari Kemerdekaan.

Hari Kebangsaan di Malaysia merupakan antara sambutan yang mempunyai logonya yang tersendiri. Ini adalah kerana tidak seperti sebilangan negara lain, Kerajaan Malaysia melihat logo sebagai salah satu elemen penting yang dapat mengajak rakyat bersatu padu, bersyukur dan menjiwai erti kemerdekaan. Logo Hari Kebangsaan mula diperkenalkan pada tahun 1976 iaitu 19 tahun selepas Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan. Bagi tahun 2022, logo dan tema Hari Kebangsaan telah diperkenalkan pada 1 Julai 2022 dengan bertemakan ‘#Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.

Dapatkan “Himpunan Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’ dan ‘DOC/DOCX’

Download : 

  1. KERTAS KERJA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2020 (SK Lembah Beringin)
  2. KERTAS KERJA BULAN KEMERDEKAAN 2017 (Pn Anna Suzianie bt Che Abd Kadir)
  3. Kertas Kerja Bulan Kemerdekaan 2019 (SK BANTAYAN INANAM)
  4. Kertas Kerja Kemerdekaan 2018 (Cikgu Suhana)
  5. KERTAS KERJA KEMERDEKAAN’
  6. KERTAS KERJA BULAN KEBANGSAAN (SK MERU 2 JLN PAIP, KLANG)

 

Logo Hari Kebangsaan pada tahun 2022 adalah berkonsepkan Jalur Liputan Internet yang melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat. Jalur ini berwarna merah, biru dan kuning menggambarkan cerminan Keluarga Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kaum yang mempunyai jati diri, semangat patriotik dan hidup dalam keadaan harmoni. Titik merah yang terletak di bawah jalur melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan manakala kedudukannya yang berselang-seli melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.

Frasa di bawah logo iaitu ‘Keluarga Malaysia’ merujuk kepada masyarakat hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran manakala frasa ‘Teguh Bersama’ mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif dan mampan.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini Himpunan Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan sedikit sebanyak dapat membantu khususnya kepada guru-guru dalam merancang dan menyediakan kertas kerja untuk sambulan Bulan Kebangsaan pada tahun ini. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.