Menerapkan minat dari usia muda dalam bahasa yang lain dari bahasa ibunda bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, sekiranya ia didedahkan pada usia yang muda, pasti mereka akan dapat melihat kelebihan menguasai Bahasa lain.
Untuk menguasai dengan mantap, membaca dan menghafal sahaja tidak mencukupi. Latihan yang konsisten juga amat diperlukan untuk memastikan apa yang dibaca, dipelajari dapat difahami dengan baik.
Admin akan kongsikan beberapa tips yang boleh diguna untuk menerapkan minat pada anak-anak untuk belajar sesuatu yang baru. Di samping itu juga admin selitkan bersama latihan yang dapat guru berikan pada anak murid untuk memantapkan lagi penguasaan dalam subjek Bahasa Inggeris.
TUJUH CARA BELAJAR BAHASA INGGERIS DENGAN MUDAH :-
- Guru boleh gunakan alat bantuan visual seperti gambar dan video.
- Selitkan juga sesekali dalam sesi pembelajaran listening test, pasangkan music dan minta pelajar untuk mendengar dan menulis semula lirik tersebut dengan mengisikan tempat kosong pada teks yang diberikan.
- Adakan sesi membaca teks Bahasa Inggeris secara bergilir-gilir.
- Menonton cerita dalam Bahasa inggeris.
- Catatkan setiap perkataan baharu yang dipelajari.
- Tonton video berbahasa inggeris yang menarik atau topik yang diminati.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan proses para guru memberi tunjuk ajar kepada anak murid serta dapat membantu murid memahami dengan lebih pantas dan senang sesuatu topik yang dipelajari. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih
MUAT TURUN LATIHAN BAHASA INGGERIS TAHUN 3:-
- bahasa-inggeris-tahun-3
- bahasa-inggeris-tahun-3-kertas-2
- Latih-Tubi-Soalan-Latihan-Bahasa-Inggeris-Tahun-3-Cuti-Bulan-Mac-1
- Latih-Tubi-Soalan-Latihan-Bahasa-Inggeris-Tahun-3-Cuti-Bulan-Mac-2
- Latih-Tubi-Soalan-Latihan-Bahasa-Inggeris-Tahun-3-Cuti-Bulan-Mac-3
- Latih-Tubi-Soalan-Latihan-Bahasa-Inggeris-Tahun-3-Cuti-Bulan-Mac-4
- Latih-Tubi-Soalan-Latihan-Bahasa-Inggeris-Tahun-3-Cuti-Bulan-Mac-5
- Latih-Tubi-Soalan-Latihan-Bahasa-Inggeris-Tahun-3-Cuti-Bulan-Mac-6
- Latih-Tubi-Soalan-Latihan-Bahasa-Inggeris-Tahun-3-Cuti-Bulan-Mac-7
- Latih-Tubi-Soalan-Latihan-Bahasa-Inggeris-Tahun-3-Cuti-Bulan-Mac-8
- Latih-Tubi-Soalan-Latihan-Bahasa-Inggeris-Tahun-3-Cuti-Bulan-Mac-9
- Soalan-Bahasa-Inggeris-Tahun-3
- Soalan-English-Paper-1-Year-3
- Ujian-Penilaian-Bahasa-Inggeris-Tahun-3-KSSR-Kertas-1