Soalan Peperiksaan HIMPUNAN SOALAN DAN SKEMA PERCUBAAN 2021 (SEJARAH) SELURUH NEGERI

HIMPUNAN SOALAN DAN SKEMA PERCUBAAN 2021 (SEJARAH) SELURUH NEGERI

157

Sejarah adalah subjek yang sangat menguji kekuatan minda dalam mengingati dan menghafal tarikh penting dan peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara.

Bagi admin, sejarah merupakan subjek yang sangat seronok untuk dipelajari kerana kita bukan sahaja dapat menyelami apa yang pernah berlaku suatu masa dulu dalam pembentukkan negara bahkan kita juga dapat mempelajari teknik, rahsia, budaya sesuatu kaum dan bangsa yang pernah menjajah dan dijajah.

Sejarah tidaklah sukar untuk difahami sekiranya kita mempunyai minat yang mendalam. Berikan sepenuh perhatian ketika dalam kelas walaupun kadangkala ia agak membosankan kerana dipenuhi dengan fakta.

Oleh itu, adik-adik perlu lebih bijak dan kreatif! Catat nota penting, tarikh dan peristiwa penting dalam bentuk nota padat yang kreatif supaya adik-adik lebih mudah untuk mengingatinya.

Sesekali, ajak rakan-rakan dan guru untuk buat pop kuiz dengan bertanya soalan berdasarkan beberapa peristiwa penting yang tercatat dalam sejarah seperti tempat ianya berlaku, siapakah yang berada dalam peristiwa tersebut, pada tahun bila dan apakah penyebab ianya berlaku.

Dengan kepelbagaian kefahaman dan minda, pastinya jawapan yang diterima juga lebih menarik. Uji ketahanan minda anda!

Ayuh! Muat turun sekarang himpunan soalan dan skema jawapan percubaan 2021 seluruh negeri.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan proses para guru memberi tunjuk ajar kepada anak murid serta dapat membantu murid memahami dengan lebih pantas dan senang sesuatu topik yang dipelajari. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih

MUAT TURUN HIMPUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SEJARAH SELURUH NEGERI :