Buku Panduan & Pengurusan Himpunan Tapak PBD Tingkatan 3, 4 dan 5 Bagi Pelbagai Subjek Tahun...

Himpunan Tapak PBD Tingkatan 3, 4 dan 5 Bagi Pelbagai Subjek Tahun 2022/ 2023

961

Himpunan Tapak PBD Tingkatan 3, 4 dan 5 Bagi Pelbagai Subjek Tahun 2022/ 2023 ini merupakan 1 himpunan khas yang kami sediakan bagi membantu para guru sekolah menengah menyiapkan fail PBD masing-masing.

Seperti yang kita tahu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bukan lagi perkara baru dalam dunia pendidikan kita. Merekod PBD murid ialah satu perkara berat yang perlu dilakukan guru dimana pencapaian murid yang diajar bukan lagi mengikut pencapaian dalam peperiksaan semata-mata tetapi lebih kepada pentaksiran sepanjang tahun.

Sebagai guru, kita wajib memerhati tahap setiap murid dimana tahap setiap murid bagi setiap subjek adalah berbeza. Tambahan pula, tahap pemahaman mereka juga turut berbeza mengikut topik dan masa. Oleh itu, kewujudan borang transit itu sendiri banyak membantu para guru bagi melakukan pentaksiran semasa.

Beza Borang Transit dan Borang PBD

Secara ringkasnya terdapat sedikit persamaan dan perbezaan nyata bagi penggunaan borang transit dan borang PBD ini. Yang paling besar sudah pasti borang PBD dimana guru perlu merekod setidak-tidaknya 2 atau 3 kali tahap pencapaian murid dalam setahun. Borang PBD ini pula biasanya kita tidak cetak keluar, tetapi kita simpan dalam bentuk “softcopy” sahaja kerana ianya disertakan dengan “macro” keputusan setiap gred yang dipilih oleh guru. Sebagai contoh, jika guru menandakan tahap 5 bagi sesuatu topik itu, ini bermaksud murid itu telah mencapai skema tertentu bagi topik tersebut mengikut apa yang telah disediakan di dalam borang PBD.

Ini berbeza pula dengan borang transit. Borang transit ini biasanya guru akan sentiasa bawa kedalam kelas dan borang transit ini sentiasa di kemaskini oleh guru. Ianya tidaklah terlalu rumit, tapi tugas berterusan ini agak berat dilakukan. Selain menyemak buku latihan dan buku nota murid, sekarang guru perlu ada borang transit pula untuk merekod pencapaian semasa murid di dalam kelas.

Ya, memang kedua-dua ini sangat membantu tetapi tidak bermakna ianya pilihan terbaik. Ramai sebenarnya guru-guru lebih berminat merekod pencapaian murid berdasarkan kuiz, ujian atau peperiksaan dalaman dimana ianya dilihat lebih tepat menggambarkan tahap pemahaman murid bagi sesuatu subjek.

Dapatkan “Himpunan Borang PBD Tingkatan 3, 4 dan 5” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Download :

PBD Addmath Tingkatan 4

PBD Bahasa Inggeris Tingkatan 3

PBD Bahasa Inggeris Tingkatan 4

PBD Kimia Tingkatan 4

PBD Biologi Tingkatan 4

PBD Bahasa Melayu Tingkatan 3

PBD Bahasa Melayu Tingkatan 4

PBD Fizik Tingkatan 4

PBD Geografi Tingkatan 3

PBD Geografi Tingkatan 4

PBD Matematik Tingkatan 3

PBD Matematik Tingkatan 4

PBD Pendidikan Islam Tingkatan 3

PBD Pendidikan Islam Tingkatan 4

PBD Pendidikan Islam Tingkatan 5

PBD Pendidikan Jasmani Tingkatan 3

PBD Sains Tingkatan 3

PBD Sains Tingkatan 4

PBD Sejarah Tingkatan 3

PBD Sejarah Tingkatan 4

Laksanakan Tugas Anda Mengisi Borang PBD

Tugas mengisi borang PBD wajib dibuat oleh semua guru. Pentaksiran bilik darjah ini dikatakan lebih bersifat semasa dan memperlihatkan tahap penguasaan dengan lebih jelas. Apa sahaja yang kita buat, pastikan ianya mengikut kehendak pentadbir dan pekeliling KPM. Pastikan tugas selesai dan lakukan sehabis baik.