Buku Panduan & Pengurusan Himpunan Terbaik Minit Mesyuarat Pengurusan, Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid

Himpunan Terbaik Minit Mesyuarat Pengurusan, Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid

15311

 

Himpunan Terbaik Minit Mesyuarat Pengurusan, Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin mengongsikan minit-minit mesyuarat bagi pengurusan sekolah, kurikulum kokurikulum dan hal ehwal muid yang telah dihimpunkan untuk dimuat turun.

Pengenalan

Umum sedia maklum, mesyuarat merupakan salah satu aktiviti rasmi yang sentiasa dilaksanakan pada sesebuah organisasi khususnya organisasi sekolah. Mesyuarat ialah rundingan untuk membincangkan sesuatu atau berunding tentang sesuatu perkara untuk mencapai sesuatu keputusan.

Di dalam pengurusan mesyuarat, terdapat beberapa kepentingan mengapa mesyuarat perlu diadakan dalam sesebuah organisasi antaranya ialah dapat menjimatkan masa dan mempercepatkan kerja.Ini kerana mesyuarat yang diadakan mempunyai pelbagai idea yang dapat disumbangkan oleh setiap individu yang terlibat.

Selain itu, sesebuah organisasi mengadakan mesyuarat untuk menyelaraskan pembahagian tugas melalui pengkhususan tugas terhadap individu yang terlibat.Oleh itu,tugas yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan tersusun sekaligus memudahkan perancangan dan juga perlaksanaan sesebuah organisasi.Beban tugas juga akan menjadi ringan.Mesyuarat juga bertujuan menyampaikan informasi terkini kepada kakitangan,ini kerana mesyuarat dapat mengumpul semua kakitangan organisasi pada satu masa dan maklumat yang hendak disampaikan dapat dilakukan secara serentak.Contohnya apabila terdapat rancangan baru atau beberapa perubahan untuk penambahbaikan kualiti dalam sesebuah organisasi,melalui mesyuarat segala urusan tersebut dapat dilaksanakan dengan mudah dan berkesan.

Tujuan mesyuarat juga diadakan untuk menggalakkan percambahan idea kerana tindak balas yang dikemukakan. Organisasi akan menjadi lebih mantap dan jitu sekiranya perkongsian idea diamalkan. Di samping itu,mesyuarat juga diadakan untuk menyelesaikan konflik dalam sesebuah organisasi. Ini kerana,melalui mesyuarat konflik tersebut dapat diselesaikan dengan adil dan saksama di mana setiap ahli perlu mempunyai fikiran yang terbuka untuk memberi dan mendapatkan nasihat. Selain itu,mesyuarat juga perlu bersifat tenang dan sabar semasa mengendalikan mesyuarat kerana ianya melibatkan perasaan ahli yang terlibat.

Pengurusan Standard 2 – Pengurusan Organisasi dan Standard 3 – Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid

Pengurusan sekolah merupakan salah satu standard daripada Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang kedua (SKPMg2) iaitu Standard 2 – Pengurusan Organisasi. Organisasi sekolah diurus secara cekap dengan mengambil kira potensi dan keperluan warga sekolah, kemudahan sumber dalaman dan luaran untuk meningkatkan keberkesanan pengoperasian sekolah. Manakala Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid merupakan salah satu standard daripada Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang kedua (SKPMg2) iaitu Standard 3 – Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan hala tuju sekolah. Perkara ini adalah wajib dimesyuaratkan di sekolah. Ini bermakna, evidens perlu disediakan untuk tujuan pengauditan daripada pihak-pihak tertentu khususnya daripada pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.

Sehubungan dengan itu, minit mesyuarat merupakan salah satu evidens bagi perkara ini. Anda boleh memuat turun minit mesyuarat bagi pengurusan sekolah pada ruangan muat turun yang telah disediakan di bawah.

 

Dapatkan “Himpunan Terbaik Minit Mesyuarat Pengurusan, Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘DOC’

Download : 

  1. Himpunan Terbaik Minit Mesyuarat Pengurusan Sekolah
  2. Himpunan Terbaik Minit Mesyuarat Pengurusan Kurikulum
  3. Himpunan Terbaik Minit Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum
  4. Himpunan Terbaik Minit Mesyuarat Pengurusan Hal Ehwal Murid

 

Perkongsian Bersama

Semoga kami perkongsian ini berkaitan tentang Himpunan Minit Mesyuarat Pengurusan Sekolah, Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid sedikit sebanyak memberi faedah serta menjadi rujukan kepada guru-guru dan pihak pengurusan untuk menulis minit mesyuarat yang terbaik. Selain itu, khusunya kepada para guru minit mesyuarat juga amat berguna sebagai evidens-evidens dalam proses pengauditan kelak. Teruskan menyokong kami melalui saluran Telegram Sistem Guru Online di t.me/sistemguruonline.