Facebook Instagram Twitter Youtube
  • Latihan
  • Motivasi
  • Nota
  • Soalan Peperiksaan
  • SPM
  • Takwim dan Jadual
  • Tips
Search
Pendidikan Rasmi
  • Latihan
  • Motivasi
  • Nota
  • Soalan Peperiksaan
  • SPM
  • Takwim dan Jadual
  • Tips
Login HRMIS 2.0: SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT SUMBER MANUSIA
  • Login

HRMIS 2.0: SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT SUMBER MANUSIA

September 27, 2023
1602

HRMIS 2.0: SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT SUMBER MANUSIA, merupakan singkatan bagi Human Resource Management Information System.Ianya merupakan sistem yang diwujudkan untuk membuat urusan sumber manusia pada setiap agensi/ organisasi.Sistem ini banyak digunakan dalam sektor perkhidmatan awam di Malaysia.

Contents

  • 1 HRMIS 2.0: SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT SUMBER MANUSIA
    • 1.1 Pengenalan
  • 2 FUNGSI HRMIS
    • 2.1 Aplikasi terdapat dalam HRMIS
    • 2.2 Pinjaman melalui HRMIS
    • 2.3 Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri
  • 3 PANDUAN LOGIN HRMIS 2.0
    • 3.1 Langkah-langkah Login HRMIS
    • 3.2 Aplikasi HRMIS Mobile
    • 3.3 Panduan Muat Naik Gambar Sendiri Pada HRMIS 2.0
    • 3.4 Semakan Data & Kemaskini HRMIS 2.0
    • 3.5 Fungsi Semakan Data HRMIS
    • 3.6 Penggunaan perkataan ‘Gemulah’ dalam HRMIS
    • 3.7 Makluman kepada Pengguna HRMIS 1.0
    • 3.8 Maklumat Lanjut

HRMIS 2.0: SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT SUMBER MANUSIA

Pengenalan

HRMIS merupakan aplikasi utama kerajaan persekutuan dan semua penjawat awam yang mempunyai ID masing-masing dengan mendapatkannya daripada Pentabir HRMIS jabatan masing-masing.

HRMIS ini berfungsi dari mula perlantikkan sehingga akhir tamat perkhidmatan dan sistem ini dibangunkan secara komprehensif dengan mengambil kira semua proses.

Terdapat dua jenis laman sesawang untuk aplikasi HRMIS iaitu:

  1. HRMIS 1.0
  2. HRMIS 2.0

HRMIS 2.0 merupakan sistem dalam talian yang telah dinaik taraf daripada versi Klasik.

untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan sistem login yang lain di bawah Kementerian Malaysia, bahan latihan sekolah rendah dan prasekolah, anda boleh mengikuti kami di telegram pendidikan dengan menekan butang pautan di bawah:

TELEGRAM PENDIDIKAN

FUNGSI HRMIS

Aplikasi HRMIS sini banyak membantu dalam pengurusan sumber manusia di kalangan penjawat awam dan terdapat beberapa perkara khas untuk para pendidik.

Di sini kami senaraikan fungsi HRMIS bagi penjawat awam dibawah Persekutuan termasuk pengkhususan untuk para pendidik dalam jadual di bawah.

Penjawat AwamKhas Warga Pendidik
1) Perolehan Sumber Manusia1) Pengurusan Prestasi
2) Pembangunan2) Pengurusan Rekod Peribadi
3) Pengurusan Kerjaya3) Pengurusan Saraan Faedah, dan Ganjaran (Pengurusan Cuti).
4) Pengurusan Saraan, Faedah, dan Ganjaran
5) Pengurusan Komunikasi dan Tatatertib Pekerja
6) Pengurusan Prestasi
7) Penilaian Kompetensi
8) Pengurusan Rekod Peribadi
9) Penamatan Perkhidmatan
10) Data Perjawatan
11) Perkhidmatan Maklumat

Bagi guru baru memulakan tugas, maklumat dibawah perlu dikemaskini iaitu:-

1) Data Peribadi

2) Pendidikan

3) Keluarga

4) Bahasa

5) Lesen

6) Sejarah Perkhidmatan

7) Pengalaman Kerja

8) Sejarah Perubatan

9) Anugerah

10) Profil Perkhidmatan

Aplikasi terdapat dalam HRMIS

AplikasiFungsi
1. MyHRMIS Profile
membolehkan penjawat awam membuat semakan terhadap maklumat peribadi seperti yang telah dikunci masuk ke dalam Aplikasi HRMIS
1. Maklumat Peribadi
Memaparkan maklumat peribadi dan alamat tetap pegawai.

2. Maklumat Pendidikan
Memaparkan maklumat pendidikan pegawai.

3. Maklumat Keluarga
Memaparkan maklumat keluarga pegawai. Elemen yang dipaparkan hanyalah item yang digunakan oleh eGL.

4. Maklumat Anugerah Memaparkan
maklumat anugerah yang diterima oleh pegawai sepanjang perkhidmatan.

5. Maklumat Sejarah Perkhidmatan
Memaparkan sejarah perkhidmatan pegawai.

6. Maklumat Profil Perkhidmatan
Memaparkan profil perkhidmatan pegawai.

7. Maklumat Kursus
Memaparkan maklumat kursus yang dihadiri oleh pegawai pada 10 tahun yang terkini.
2. MyHRMIS Cuti
membolehkan penjawat awam membuat permohonan cuti rehat, menyemak status cuti, menyemak kelayakan cuti, menyokong cuti dan melulus cuti melalui platfom mudah alih.
1. Kelayakan Cuti
Sistem ini membolehkan penjawat awam membuat semakan kelayakan cuti tahun pada tahun semasa.

2. Mohon Cuti
Memudahkan penjawat awam membuat permohonan cuti rehat.

3. Sokong Cuti
Memberi kemudahan untuk Pegawai Penyokong membuat semakan permohonan cuti dan menyokong cuti

4. Lulus Cuti
Memberi kemudahan untuk Pegawai Pelulus membuat semakan dan seterusnya mempertimbangkan kelulusan cuti.

5. Status Cuti
Membolehkan pegawai membuat semakan status permohonan cuti samada telah disokong dan diluluskan
3. MyHRMIS Keluar Pejabat
memudahkan pengurusan keluar pejabat penjawat awam dalam waktu bertugas serta mematuhi Perintah AM 5 Bab G –Mematuhi Waktu Bekerja.
1. Permohonan
Memudahkan permohonan keluar pejabat dilakukan secara on-the-go

2. Kelulusan
Memudahkan  pelulus mempertimbangkan dan melihat status kelulusan permohonan keluar pejabat

3. Pemantauan
Fungsi Dash bord yang terdiri daripada 3 kategori – Dashboard Individu, Dashboard Pelulus dan Dashboard Pengurusan

4. Laporan
Laporan pegawai tiada di pejabat dikategorikan kepada tiga (3) iaitu
• pegawai bercuti,
• pegawai tiada di pejabat ketika ini
• pegawai tiada di pejabat mengikut pilihan tarikh 
4. MyHRMIS EGL
memaparkan rekod Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai (GL) untuk penjawat awam sebagai kaedah alternatif kepada eGL online atau manual.
1. Maklumat Pegawai
Memaparkan maklumat peribadi, profil perkhidmatan, gaji pegawai. Elemen yang dipaparkan adalah elemen yang digunakan oleh eGL.

2. Ahli Keluarga
Memaparkan maklumat keluarga pegawai. Elemen yang dipaparkan adalah elemen yang digunakan oleh eGL.

3. Direktori Hospital/Klinik
Memaparkan nama, nombor telefon dan alamat hospital/klinik Kerajaan
5. MyHRMIS CARE
memberi kemudahan kepada penjawat awam mendapatkan bantuan dan memberi cadangan penambahbaikan, menyemak status aduan serta merujuk soalan-soalan lazim yang disediakan.
1. Pengumuman
Memaparkan pengumuman dan promosi terkini berkaitan aktiviti HRMIS.

2. Aduan
Menyediakan ruang untuk menyalurkan permasalahan HRMIS yang dihadapAduan.

3. Semakan Status Aduan
Menyediakan kemudahan untuk menyemak status aduan.

4. Cadangan 
Menyediakan ruang untuk memberi cadangan atau penambahbaikan berkaitan HRMIS.

5. Soalan Lazim 
Menyediakan soalan lazim bagi membantu memberikan maklumat tambahan yang diperlukan.

Pinjaman melalui HRMIS

Jenis pinjaman yang boleh dibuat permohonan melalui HRMIS ialah:

  1. Perumahan.
  2. Kenderaan.
  3. Komputer.

Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri

JPA telah menerbitkan 2 video tutorial HRMIS untuk Fungsi Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri (TNT).

Video tersebut boleh diakses melalui pautan berikut:

  1. Video Tutorial Fungsi TNT (Bahagian I/IV) – Peranan Pemohonan

Fungsi ini terdapat di dalam Submodul Pengurusan Tuntutan dan Pendahuluan Diri iaitu di bawah Modul Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran.

Fungsi ini menawarkan kemudahan permohonan tuntutan perjalanan dalam negeri secara dalam talian sepenuhnya iaitu bermula daripada permohonan sehingga penerimaan bayaran tuntutan.

Rujuk video penuh:

Video Tutorial Fungsi TNT (Bahagian I/IV) – Peranan Pemohon

2. Video Tutorial Fungsi TNT (Bahagian II/IV) – Peranan Pengesah Tuntutan

Fungsi ini terdapat di dalam Submodul Pengurusan Tuntutan dan Pendahuluan Diri iaitu di bawah Fungsi Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri bagi Pemilik Kompetensi (Pengesah Tuntutan).

Pengesah Tuntutan ialah pegawai yang diberi peranan untuk mengesahkan tuntutan pegawai di bawah seliaannya.

Peranan dan aliran kerja tersebut ditetapkan oleh pentadbir HRMIS agensi.

Rujuk video penuh:

Video Tutorial Fungsi TNT (Bahagian II/IV) – Peranan Pengesah Tuntutan

PANDUAN LOGIN HRMIS 2.0

Semua penjawat awam akan diberi ID yang boleh didapati dari Pentadbir HRMIS jabatan masing-masing.

Langkah-langkah Login HRMIS

Berikut adalah cara login HRMIS untuk mengemaskini rekod peribadi, membuat semakan, serta permohonan.

  1. Pergi ke LAMAN WEB RASMI HRMIS 2.0
  2. Masukkan ID Pengguna.
  3. Masukkan Kata Laluan.
  4. Klik Peti Pesanan untuk sebarang mesej baru / tindakan yang belum diambil
  5. Untuk meneruskan dengan lain-lain tugasan, pilih menu / Submodul yang diinginkan.
  6. Log keluar setelah selesai.

PENGURUSAN KATA LALUAN 

Kata laluan perlu ditukar mengikut standard Polisi Keselamatan Siber (PKS) seperti berikut:

  1. Sekurang-kurangnya 12 aksara
  2. Mengandungi huruf dan nombor
  3. Mengandungi aksara khas (Contoh : @, &,*)
  4. Mengandungi huruf besar dan huruf kecil

Aplikasi HRMIS Mobile

Aplikasi MyHRMIS Mobile telah berjaya diterbitkan dan boleh di muat turun melalui aplikasi GAMMA, GOOGLE PLAY STORE, APPLE APP STORE dan HUAWEI APP GALLERY dengan menekan pautan berikut:

  • GAMMA – https://gamma.malaysia.gov.my/appdetails/9
  • GOOGLE PLAY STORE – https://play.google.com/store/apps/details…
  • APPLE STORE – https://apps.apple.com/my/app/myhrmis-mobile/id976019876
  • HUAWEI APP GALLERY – https://appgallery.huawei.com/#/app/C101640047

Panduan Muat Naik Gambar Sendiri Pada HRMIS 2.0

Syarat & Peraturan Muat Naik Gambar Pegawai Pada HRMIS

  1. Saiz gambar mestilah mengikut ukuran gambar passport dalam format .GIF / BMP / JPG / JPEG
  2. Saiz fail : Tidak melebihi 204..8kb
  3. Latar belakang gambar mesti berwarna putih / biru
  4. Gambar memakai purdah atau menutup sebahagian muka adalah tidak dibenarkan
  5. Penampilan pegawai :
    • Pegawai Lelaki
      • Berbaju kemeja dan digalakkan bertali leher atau berpakaian seragam (uniform)
      • Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan & bersesuaian
    • Pegawai Wanita
      • Berbaju kurung atau berpakaian yang bersesuaian dan tidak menjolok mata
      • Berpakaian seragam (uniform)

Rujuk contoh gambar yang diterima dan tidak diterima dalam poster di bawah:

Semakan Data & Kemaskini HRMIS 2.0

Pastikan data dalam HRMIS dikemas kini.

Data anda tanggungjawab anda.

Luangkan 5 minit untuk buat semakan data HRMIS.

Antara data yang perlu sentiasa disemak dan dikemaskini adalah

1. SOKONGAN/KELULUSAN CUTI
2. PERISYTIHARAN HARTA
3. PENGISIAN/PENGESAHAN SKT
4. KEMASKINI/PENGESAHAN MAKLUMAT REKOD PERIBADI
5. PENGESAHAN DAN SEMAKAN TUNTUTAN PERJALANAN

Fungsi Semakan Data HRMIS

Untuk makluman, Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM) JPA telah menyediakan Panduan Pengguna Fungsi Semakan Data HRMIS.

Disertakan poster rujukan FUNGSI SEMAKAN DATA.

Penggunaan perkataan ‘Gemulah’ dalam HRMIS

Ianya merujuk kepada Seseorang yang meninggal dunia ketika dalam perkhidmatan atau pesaraan.

Makluman kepada Pengguna HRMIS 1.0

JPA sedang berusaha untuk membuat migrasi dari HRMIS 1.0 ke HRMIS 2.0. Disebabkan itu, semua pengguna aplikasi HRMIS 1.0 digalakkan menggunakan HRMIS 2.0.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, hubungi talian telefon 03-8321 1400 atau e-melkan permasalahan anda ke Sistem Pengurusan Meja Bantuan di HRMIS helpdesk.

Anda juga boleh mengemukakan pertanyaan terus melalui alamat :

Aras 3 – 6, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P Putrajaya.

Previous articleNOTA KATA KERJA BAHASA MELAYU TAHUN 6
Next articleNOTA KATA MAJMUK BAHASA MELAYU TAHUN 6
Ibnu Syar

RELATED ARTICLESMORE FROM AUTHOR

APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)

Panduan Login Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) 2023

SPLKPM: SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU

Recent Posts

  • Ujian Sumatif 1 Bahasa Arab Darjah 1 2025
  • Soalan Exam Sumatif 1 Pendidikan Islam Darjah 6 2025
  • Soalan Sumatif 1 PAI Tahun 5 2025 Terbaik
  • Latihan Sumatif 1 PAI Tahun 4 2025
  • Soalan Exam Sumatif 1 Pendidikan Islam Tahun 3 2025
We provide you with the latest breaking news and videos straight from the entertainment industry.
Contact us: [email protected]
Facebook Instagram Twitter Youtube

MUNGKIN MEMINATI

Ujian Sumatif 1 Bahasa Arab Darjah 1 2025

Ujian Sumatif 1 Bahasa Arab Darjah 1 2025

April 8, 2025
Soalan Exam Sumatif 1 Subjek Pendidikan Islam Darjah 6 2025

Soalan Exam Sumatif 1 Pendidikan Islam Darjah 6 2025

April 8, 2025
Soalan Sumatif 1 PAI Tahun 5 2025

Soalan Sumatif 1 PAI Tahun 5 2025 Terbaik

April 7, 2025

KATEGORI POPULAR

  • Latihan403
  • Soalan Peperiksaan332
  • Buku Panduan & Pengurusan220
  • SPM213
  • Modul207
  • Nota172
  • UPSA132
  • Utama
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hubungi
© Pendidikan SGO