Kertas Lukisan Koleksi Kad Hari Raya Edisi Mewarna 2021 untuk Murid Sekolah

Koleksi Kad Hari Raya Edisi Mewarna 2021 untuk Murid Sekolah

2411

 

Koleksi Kad Raya Edisi Mewarna untuk Murid Sekolah

Koleksi Kad Hari Raya Edisi Mewarna 2021 untuk Murid Sekolah ini sesuai untuk digunakan oleh guru-guru dan ibu bapa sebagai aktiviti tambahan bersama-sama dengan anak-anak di rumah mahupun di sekolah.

Bahan ini dapat mengajar murid-murid untuk menghasilkan sendiri kad raya dan mendekorasi mengikut kreativiti sendiri. Pada masa yang sama, dapat membantu meningkatkan kreativiti kanak-kanak dalam menggunakan suatu kertas untuk menghasilkan suatu perkara yang berguna.

Mereka boleh juga menggunakan kad raya ini sebagai pertukaran sesama ahli kelas yang lain dan dapat mengeratkan hubungan antara rakan sekelas. Mereka juga bebas untuk menulis ucapan hari raya kepada rakan-rakan sekelas.

Faedah Mewarna bagi Anak

Aktiviti mewarna adalah aktiviti kegemaran kanak-kanak. Dengan adanya peralatan seperti pensil warna, crayon dan pelbagai alatan mewarna dapat menjadikan mereka lebih bersemangat untuk melakukan aktiviti ini.

  1. Aktiviti mewarna memerlukan kanak-kanak untuk menyelaraskan mata serta pergerakan tangan. Perkara ini akan dapat menjadikan mereka lebih mahir dalam pelbagai perkara yang melibatkan penggunaan tangan seperti menulis, menjahit dan menaip pada masa akan datang.
  2. Mewarna juga bagus untuk membantu kanak-kanak melatih cengkaman jari dengan baik.
  3. Kanak-kanak turut belajar untuk memegang pensil serta mengawal pergerakkan objek tersebut dengan cara mewarna tanpa melampaui batas.
  4. Semasa mewarna, kanak-kanak akan memberikan tumpuan kepada aktiviti yang dilakukan kerana mereka perlu menumpukan perhatian kepada pergerakan pensil warna dalam menyiapkan karya mereka.
  5. Kanak-kanak akan dapat meningkatkan tahap kreativiti mereka kerana mereka berfikir tentang kombinasi warna yang sesuai untuk memberikan rupa kepada gambar yang sedang diwarnai. Aktiviti imaginasi akan digunakan semasa proses mewarna.
  6. Aktiviti ini juga menjadi peluang dalam membina masa bersama-sama dengan ibu bapa. Ibu bapa boleh duduk bersama dan berbual mengenai objek yang sedang diwarnai oleh mereka. Berikan ruang bagi mereka untuk bercerita mengenai apa yang diwarnakan mereka.

Dapatkan “Koleksi Kad Hari Raya Edisi Mewarna 2021 untuk Murid Sekolah” di sini


Di sini kami menyediakan bahan mewarna yang sesuai untuk murid tahun 1,2 dan juga prasekolah. Aktiviti ini juga sesuai untuk dilakukan bersama-sama dengan ibu bapa pada masa lapang.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : KOLEKSI KAD RAYA EDISI MEWARNA 2021 UNTUK MURID SEKOLAH

Diharapkan agar dengan perkongsian mengenai Koleksi Kad Raya Edisi Mewarna 2021 untuk murid sekolah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi berkenaan dengan bahan pendidikan yang lain. Antaranya ialah:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini berkenaan dengan bahan dan info pendidikan, bantuan kerajaan dan sebagainya.