Latihan Latihan Prasekolah: Aktiviti Gunting dan Tampal, Muka Surat 3&4

Latihan Prasekolah: Aktiviti Gunting dan Tampal, Muka Surat 3&4

1271

Prasekolah: Aktiviti Gunting tampal ms 3&4

Latihan Prasekolah: Aktiviti Gunting dan Tampal, Muka Surat 3&4 ini mampu untuk merangsang kreativiti anak-anak. Kreativiti anak-anak haruslah dirangsang pada peringkat awal perkembangan mereka dan jika kreativiti anak-anak sudah terserlah haruslah dipupuk supaya ianya menjadi kebiasaan dan tertanam kukuh dalam diri anak-anak.

Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memupuk kreaktiviti anak-anak dan tidak hanya bergantung kepada guru sahaja. Rumah adalah tempat paling ideal bagi memupuk perkembangan kreativiti anak-anak bersama ibu bapa.

Aktiviti untuk Merangsang Kreativiti Anak

  1. Aktiviti mencampur cat atau warna. Minta anak mencampurkannya dan tanyakan warna yang dihasilkan. Selain daripada unsur seni, aktiviti ini juga dapat memupuk kecerdasan visual. Bagi anak-anak yang berumur tiga tahun dan ke bawah, ibu bapa perlu bersama-sama mereka supaya dapat menghindari kejadian yang tidak diingini.
  2. Bermain dengan muzik bukan bermakna bermain menggunakan alat muzik sahaja. Ibu bapa boleh menggunakan benda-benda yang terdapat di rumah bagi menghasilkan bunyi-bunyian. Misalnya, gunakan botol, tin, kuali, cerek dan lain-lain.
  3. Melalui aktiviti bersenam dan menari, anak-anak dapat belajar untuk mengawal badan dan otak semasa menghasilkan gerakan yang sesuai dengan muzik. Untuk permulaan, biarkan anak-anak melakukan gerakan sendiri dan ajarkan gerakan baru setelah mereka mengikuti muzik namun jangan terlalu memaksa.

Dapatkan “Latihan Prasekolah: Aktiviti Gunting dan Tampal, Muka Surat 3&4 ” di sini


Di sini kami menyediakan bahan pendidikan yang boleh digunakan oleh para ibu bapa dan guru untuk menggunakan latihan ini sebagai latihan insentif kepada anak-anak.

Slide1

Slide2

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LATIHAN PRASEKOLAH – AKTIVITI GUNTING DAN TAMPAL MUKA SURAT 3&4

Diharapkan agar perkongsian Latihan Prasekolah Aktiviti Gunting dan Tampal ini bermanfaat kepada para guru dan ibu bapa.

Selain daripada perkongsian ini, kami juga ada berkongsi bahan pendidikan yang lain seperti:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini berkenaan dengan bahan pendidikan dan mengenai informasi lain.