Latihan Koleksi Latihan Cekap Sifir Matematik

Koleksi Latihan Cekap Sifir Matematik

3339

koleksi latihan cekap sifir matematik

Koleksi Latihan Cekap Sifir Matematik ini sesuai bagi membantu murid sekolah rendah yang masih lemah dalam menguasai dan mengingati sifir. Koleksi latihan ini turut dapat membantu para guru dalam menyediakan bahan pendidikan yang bermanfaat kepada para pelajar.

Panduan Menghafal Sifir

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam mendidik anak-anak untuk menguasai sifir. Antara langkah yang boleh digunakan oleh ibu bapa ialah:

  1. Mulakan dengan 4 sifir mudah untuk mengajar anak-anak menghafal sifir. 4 sifir mudah ialah seperti sifir 2, 5, 10 dan 11. Cetak keluar sifir agar mudah dihafal oleh anak-anak.
  2. Bahagikan sifir kepada dua bahagian untuk tidak membebankan anak-anak untuk menghafalnya. Hal ini akan membuatkan anak-anak tidak menganggap senarai sifir adalah terlalu banyak dan padat untuk mereka ingati.
  3. Sebagai permulaan, ibu bapa boleh memberikan pilihan kepada anak-anak untuk menghafal jawapan apda 3 baris sifir dahulu. Jika anak-anak mempunyai daya ingatan yang kuat, berikan mereka untuk menghafal 6 baris sifir sekaligus.
  4. Minta anak-anak untuk ulang kembali jawapan sifir.Apabila anak-anak telah selesai menghafal, ambil kertas dan tutup jawapannya lalu minta anak-anak untuk ulang semula jawapan sifir. Jika berjaya, buka kembali senarai sifir yang dihafal dan minta anak-anak untuk menghafal baris seterusnya.
  5. Ibu bapa juga turut digalakkan untuk bertanyakan sifir secara rawak. Jika anak telah menghafal sifir 2 mengikut turutan, tanyakan sifir 2 secara rawak. Ini adalah satu bentuk ujian hafalan anak dalam melatih minda mereka untuk memproses ilmu yang dipelajari.

Dapatkan “Koleksi Cekap Latihan Sifir Matematik” di sini


Di sini, kami akan kongsikan bahan tersebut. Para guru dan ibu bapa boleh muat turun melalui pautan yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LATIHAN CEKAP SIFIR MATEMATIK

Aktiviti menghafal sifir adalah aktiviti yang menyeronokkan sekiranya ibu bapa bersama-sama menemani anak untuk memberikan sokongan kepada mereka. Sifir adalah jantung matematik dan ibu bapa perlu membantu anak-anak agar dapat mengingati sifir yang dipelajari tidak mudah hilang.

Diharapkan agar dengan perkongsian mengenai Koleksi Latihan Cekap Sifir Matematik ini dapat memberikan manfaat kepada para guru, ibu bapa dan para pelajar dalam usaha untuk menguasai mata pelajaran matematik.

Sebelum ini, kami juga pernah berkongsi bahan pendidikan yang lain seperti:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini mengenai bahan pendidikan, bantuan kerajaan dan sebagainya.