Nota Lengkap Bahasa Melayu Tingkatan 4&5 ini merangkumi nota tatabahasa serta nota lengkap komsas yang dapat membantu para pelajar mendapatkan bahan pendidikan di satu tempat.
Pada masa yang sama, dapat membantu para guru yang sedang mencari bahan dan nota ringkas yang dapat membantu meningkatkan pemahaman para pelajar terhadap mata pelajaran bahasa melayu.
Bahan ini tidak dikhususkan kepada pelajar SPM sahaja, malah pelajar tingkatan 4 juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini untuk membantu dalam pembelajaran mereka.
Tips Kuasai Bahasa Melayu
- Sebelum mula merangka sesuatu bentuk karangan, baca dan fahami dahulu kehendak soalan. Pilih tajuk karangan pilihan yang mempunyai banyak isi supaya pelajar tidak tersangkut ketika menulis karangan. Jika sesuatu karangan berbentuk fakta, cari terlebih dahulu contoh yang terbaik berkaitan dengan fakta yang diberikan. Gunakan peribahasa, pantun atau kata-kata hikmah orang ternama untuk menjadikan karangan lebih menarik.
- Jika hendak menulis karangan berbentuk cerita, pastikan jalan cerita adalah menarik. Mempunyai watak yang menarik serta perkembangan watak. Penceritaan juga perlulah ada klimaks dan tidak membosankan. Para pelajar digalakkan untuk melibatkan diri apabila menulis karangan berbentuk cerita ini.
- Para pelajar juga digalakkan untuk mendalami tatabahasa. Gunakan ayat yang pendek, ringkas dan jelas ketika menjawab soalan subjektif.
- Libatkan diri di dalam pelbagai jenis aktiviti forum, perbahasan dan pidato untuk menambahkan perbendaharaan kata yang menarik di dalam penulisan karangan.
- Didik diri untuk meniru rencana yang baik dengan menulis semula menggunakan stail dan bahasa yang tersendiri.
- Tambahkan pengetahuan melalui pembacaan keratan akhbar dan membaca.
Dapatkan “Nota Lengkap Bahasa Melayu Tingkatan 4&5” di sini
Ibu bapa dan guru-guru boleh muat turun bahan-bahan ini di dalam pautan yang telah disediakan di bawah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download (Nota SPM & Tatabahasa) :
- NOTA KESILAPAN EJAAN
- NOTA PANDUAN MENJAWAB SOALAN RUMUSAN
- NOTA PANDUAN MENULIS KARANGAN
- NOTA PANDUAN PEMAHAMAN KARANGAN KERTAS 2
- NOTA MENJAWAB RUMUSAN KARANGAN KERTAS 2
- PANDUAN SOALAN BINA AYAT
- SENARAI PERIBAHASA
Download (Nota KOMSAS) :
- NOTA CERPEN KADUKĀ
- NOTA DRAMA BUKAN GILA
- GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP
- NOTA KOMSAS LENGKAP TINGKATAN 4
- NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
- NOTA PROSA TRADISIONAL KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
- SAJAK SANG GEMBALA KUDA
- SELOKA BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
- SYAIR BIDASARI
Diharapkan agar perkongsian mengenai Nota Lengkap Bahasa Melayu Tingkatan 4&5 ini akan dapat memberikan manfaat kepada para pelajar dalam meningkatkan kefahaman dalam penguasaan mata pelajaran bahasa melayu.
Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang lain seperti:
- Modul PDPR Matematik Tahun 6
- Nota dan Koleksi Simpulan Bahasa Terbaik
- Panduan Penulisan Karangan Bahasa Inggeris SPM
- Kompilasi Nota Tatabahasa Bahasa Inggeris bagi Sekolah Rendah
Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan yang bermanfaat, informasi berkenaan dengan bantuan pendidikan, bantuan kerajaan dan sebagainya.