Nota Lengkap Bahasa Melayu Tingkatan 1-3 ini mengandungi nota tatabahasa serta nota komsas yang meliputi silibus daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 3.
Pada masa yang sama, di dalam perkongsian ini turut mengandungi latihan berkaitan dengan penggunaan tatabahasa yang meliputi pengajaran daripada tingkatan 1 hingga 3. Perkongsian ini bertujuan bagi memudahkan urusan para guru yang sedang mencari bahan untuk mengajar serta memberikan kemudahan kepada para pelajar yang sedang mencari latihan tambahan untuk menguasai Bahasa Melayu.
KOMSAS atau Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ini telah diperkenalkan pada tahun 1999 dan telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa Komsas adalah teks yang wajib dipelajari dan diuji dalam peperiksaan awam. Objektif utama komponen sastera dimasukkan ke dalam kurikulum Bahasa Melayu adalah untuk membolehkan murid untuk:
- Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera seperti novel, cerpen, drama dan sebagainya.
- Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera bagi mengukuhkan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.
- Mengenal dan menggunakan istilah sastera, iaitu tema dan persoalan, watak dan perwatakan, gaya bahasa, latar, plot, sudut pandangan, nilai dan pengajaran.
- Mengenal pengarang berdasarkan karya yang telah diperakui seperti pengarang Sasterawan Negara dan penulis terkenal.
- Menghayati nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera yang dibaca.
- Menghasilkan karya sastera yang kreatif seperti menghasilkan novel, cerpen, sajak dan drama yang bermutu tinggi dan boleh dibanggakan.
Dapatkan “Nota Lengkap Bahasa Melayu Tingkatan 1-3” di sini
Bahan ini kami kongsikan di sini agar dapat membantu para guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar kepada murid-murid. Sila muat turun melalui pautan yang telah disenaraikan di bawah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download (Nota & Latihan Tatabahasa) :
Download (Nota Komsas) :
- CERPEN MENUAI EMAS
- DRAMA : MAHKAMAH
- NOVEL SEJAMBAK BAKTI
- PANTUN ALAM REMAJA
- PROSA TRADISIONAL PELANDUK MENGAJAR MEMERANG
- SAJAK KU INGIN BERTERIMA KASIH
- SYAIR NASIHAT
Diharapkan agar dengan perkongsian mengenai Nota Lengkap Bahasa Melayu Tingkatan 1-3 ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa yang sedang mencari bahan pendidikan yang berkualiti untuk anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar para pelajar juga dapat memanfaatkan bahan ini untuk menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu.
Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan seperti:
- Modul PDPR Matematik Tahun 6
- Panduan Menjawab Kertas Sejarah SPM
- Panduan Asas Penulisan Karangan Bahasa Melayu SPM
- Kompilasi Nota Tatabahasa Bahasa Inggeris Sekolah Rendah
Untuk mendapatkan informasi mengenai bahan pendidikan, bantuan kerajaan, jawatan kosong kerajaan dan sebagainya, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mengakses maklumat lebih lanjut.