Modul PDPR Matematik Tahun 6 ini khusus bagi pelajar tahun 6 yang sedang menjalani pembelajaran dan pengajaran di rumah. Modul ini bertujuan untuk membantu para guru dan ibu bapa dalam persediaan bahan pendidikan dalam melaksanakan pdpr.
Terdapat pelbagai cabaran yang dilalui oleh para guru dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (pdpr) ini. Antaranya ialah, kebimbangan terhadap tahap pencapaian sesuatu topik yang diajar kepada murid-murid secara atas talian. Hal ini kerana, jika pembelajaran dilakukan secara bersemuka para guru dapat memastikan semua pelajar di dalam kelas itu memahami topik yang disampaikan.
Para guru dan pelajar sering mengalami kesukaran dalam mendapatkan capaian internet yang stabil. Walaupun berada di tengah-tengah bandar, masih lagi terdapat pelajar yang tidak mampu untuk mendapatan capaian internet bagi menjalani proses pembelajaran dan pengajara.
Cabaran PDPR dihadapi oleh Guru, Ibu Bapa dan Pelajar
- Para guru sukar untuk memastikan murid untuk hadir ke kelas secara atas talian. Jika secara bersemuka, para guru boleh memanggil untuk diberikan motivasi tetapi jika secara atas talian, kehadiran murid adalah bergantung kepada jenis peranti, pelan data dan kestabilan internet mereka sendiri.
- Ibu bapa turut mengalami kesukaran dalam memastikan anak-anak kekal fokus kepada pembelajaran. Hal ini kerana terdapat aduan daripada ibu bapa yang menyatakan sejak anak-anak menjalani pembelajaran dan pengajaran secara atas talian, anak-anak menjadikan sebagai satu jalan untuk berhibur iaitu dengan menonton video secara atas talian, bermain permainan video dan sebagainya. Terdapat pelbagai platform yang memudahkan mereka untuk mencari alasan untuk tidak fokus kepada pembelajaran.
- Terdapat juga ibu bapa yang perlu belajar cara menggunakan medium pembelajaran atas talian bagi membantu anak-anak untuk mengaksesnya.
Dapatkan “Modul PDPR Matematik Tahun 6” di sini
Di sini kami sediakan bahan yang dapat membantu proses pdpr berjalan dengan lancar. Para guru dan ibu bapa boleh memuat turun bahan ini melalui pautan yang telah disediakan di bawah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : MODUL PDPR MATEMATIK TAHUN 6
Diharapkan agar perkongsian berkenaan dengan Modul PDPR Matematik Tahun 6 ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak.
Sebelum ini, kami juga pernah berkongsi mengenai bahan pendidikan yang lain seperti:
- Nota dan Koleksi Simpulan Bahasa Terbaik
- Cara Memuat Naik Video Pengajaran PISMP 2021 di Youtube
- Panduan menjawab Kertas Sejarah SPM
Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini mengenai bahan pendidikan, bantuan kerajaan, jawatan kosong kerajaan dan sebagainya.