Matematik Tambahan adalah mata pelajaran elektif kepada pelajar sekolah menengah. Untuk pelajar aliran sains, mereka diwajibkan untuk memasukkan subjek ini sebagai salah satu subjek untuk peperiksaan SPM manakala untuk pelajar aliran sastera atau perdagangan, mereka boleh memilih jika ingin memasukkan atau tidak subjek ini ke dalam peperiksaan SPM. Mata pelajaran ini di Malaysia terbahagi kepada dua bahagian pembelajaran. Dua bahagian itu merangkumi geometri, algebra, kalkulus, trigonometri dan statistic. Bagi bahagian elektif pula merangkumi aplikasi sains dan teknologi sains serta sains sosial.
Setiap subjek mempunyai daya tarikan yang sendiri. Ada sesetengah pelajar berpendapat bahawa beberapa subjek agak sukar untuk difahami dan skor ketika dalam peperiksaan. Sebenarnya, jika asas kepada sesuatu subjek itu dapat difahami dengan baik, pelajar tidak akan mempunyai masalah untuk memahami keseluruhan pelajaran. Mungkin ada beberapa topik dalam subjek berkenaan yang agak mencabar tetapi jika menggunakan teknik yang betul, pelajar pasti akan dapat memahami dengan baik.
Penggunaan kaedah latih tubi dalam pembelajaran bukan sahaja dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam sesuatu subjek, ia juga dapat membantu pelajar untuk lebih memahami sesuatu subjek dan dapat membuat persediaan yang sewajarnya dalam menghadapi peperiksaan mendatang.
Perkongsian kali ini adalah mengenai KOLEKSI TEKNIK MENJAWAB SOALAN MATEMATIK TAMBAHAN. Pendidik juga perlu mengetahui cara terbaik dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan topik dan kemampuan murid untuk menerima dari masa ke masa. Penggunaan kepelbagaian bahan bantu mengajar yang menarik sangat digalakkan supaya dapat memupuk minat murid serta dapat membuat mereka lebih mudah mengingati apa yang dipelajari. Dengan penyediaan koleksi soalan, modul dan sebagainya, pelajar bukan sahaja dapat bahan belajar tambahan, mereka juga dapat membuat latih tubi yang sangat membantu dalam proses penerimaan sesuatu pembelajaran.
Semoga dengan perkongsian KOLEKSI TEKNIK MENJAWAB SOALAN MATEMATIK TAMBAHAN dapat memudahkan proses para guru memberi tunjuk ajar kepada anak murid serta dapat membantu murid memahami dengan lebih pantas dan senang sesuatu topik yang dipelajari. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih.
MUAT TURUN KOLEKSI TEKNIK MENJAWAB SOALAN MATEMATIK TAMBAHAN :
- Contoh Teknik menjawab soalan Add Math SPM
- Teknik-Menjawab-Add-Math-2015
- Trigonometric Functions
- Circular Measures
- Solution of Triangle
- Statistics
- Vectors