Buku Panduan & Pengurusan Kompilasi Minit Mesyuarat Kurikulum Sekolah

Kompilasi Minit Mesyuarat Kurikulum Sekolah

2470

Kompilasi Minit Mesyuarat Kurikulum Sekolah

Kompilasi Minit Mesyuarat Kurikulum Sekolah ini merupakan panduan kepada pengurusan, pentadbiran sekolah dan guru dalam menyediakan minit mesyuarat berkaitan dengan kurikulum sekolah.

Mesyuarat adalah perkara yang sangat penting dalam memastikan semua program atau rancangan yang bakal dijalankan oleh pihak sekolah berjalan lancar dan kebiasaannya pihak pentadbiran sekolah iaitu Guru Besar, Pengetua, Guru Penolong Kanan yang akan mengetuai sesuatu mesyuarat.

Mesyuarat juga merupakan perbincangan melibatkan beberapa pihak secara bersemuka melalui komunikasi formal. Semua pihak yang terlibat boleh memberikan cadangan atau idea mereka ketika mesyuarat berlangsung. Perbincangan haruslah dengan komunikasi yang baik dan boleh bertoleransi diantara semua pihak.

Pemantauan dari masa ke masa akan dilakukan di setiap sekolah oleh pihak penggubal dasar, iaitu wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Nazir dalam memastikan segala aktiviti kurikulum mahupun kokurikulum di sekolah dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Tujuan Dan Kepentingan Mesyuarat

Dengan mengadakan mesyuarat, semua pihak terlibat dapat mengetahui segala maklumat dan rancangan berkaitan sesuatu perkara yang dibincangkan. Terdapat beberapa tujuan dan kepentingan mengadakan mesyuarat. Antaranya:-

  1. Bagi membincangkan sesuatu hal dengan lebih terperinci dan teliti
  2. Ketua dapat membahagikan tugas-tugas kepada ahli dengan mudah
  3. Untuk mendapatkan kata putus atau keputusan muktamad dalam sesuatu hal yang dibincangkan
  4. Menyelaras dan memantau perkembangan aktiviti yang dijalankan
  5. Mencapai kata sepakat atau persetujuan sekiranya terdapat permasalahan yang timbul

Ciri-ciri Minit Mesyuarat Yang Baik

Minit mesyuarat merupakan satu laporan atau rekod berkaitan dengan hal-hal yang dibincangkan di dalam mesyuarat dan ianya sangat penting sebagai panduan kepada semua ahli-ahli mesyuarat. Antara ciri-ciri yang perlu ada dalam minit mesyuarat ialah:-

  • Tulin atau Valid
    • Lengkap dan Padat
    • Teratur dan kemas
    • Tepat
      • Tidak direka-reka, hanyalah perkara yang sahih
    • Mudah difahami
    • Mengandungi info penting seperti:-
      • Tajuk, tarikh, nama ahli mesyuarat, nombor rujukan

Dapatkan “Contoh Minit Mesyuarat Kurikulum Sekolah” di sini

Di sini admin nak kongsikan format atau template dalam membuat minit mesyuarat kurikulum sekolah. Jika anda ingin memuat turun dokumen tersebut, sila klik pada link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘Word’

Download : 

  • Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama
  • Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Kedua
  • Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Ketiga

Adab Ketika Bermesyuarat

  • Mendahului mesyuarat dengan bacaan doa atau kata aluan
  • Memberikan sepenuh perhatian ketika orang lain berucap
  • Memberikan idea-idea atau hujah yang bernas
  • Beri ruang dan peluang kepada individu lain untuk melontarkan pendapat mereka
  • Tidak sombong dan sentiasa merendah diri
  • Melakukan perbincangan dengan tenang dan tidak menimbulkan kekecohan
  • Hasil keputusan hendaklah dihormati
  • Majoriti ahli mesyuarat mestilah bersetuju dengan keputusan mesyuarat

Peranan Setiausaha

  1. Tindakan Ketika Mesyuarat Berlangsung
    • Mencatat kehadiran ahli-ahli mesyuarat
    • Menulis semua perkara semasa mesyuarat berlangsung untuk dimasukkan dalam minit mesyuarat
  2. Tindakan Selepas Mesyuarat
    • Menyiapkan minit mesyuarat atau draf minit mesyuarat dalam tempoh 3 hari selepas mesyuarat diadakan
    • Minit mesyuarat mestilah mengikut format yang betul
    • Minit mesyuarat mestilah padat, ringkas, tepat dan jelas.

Peranan Ahli-ahli Mesyuarat

  1. Tindakan Pra Mesyuarat
    • Sentiasa membuat persediaan awal seperti menyiapkan dokumen-dokumen berkaitan
    • Jangan lewat dan tiba 15- 30 minit sebelum mesyuarat bermula
    • Peka tentang tarikh, masa dan tempat mesyuarat akan diadakan
  2. Tindakan Ketika Mesyuarat Berlangsung
    • Menyumbang idea atau pendapat yang bagus
    • Menjaga tatacara mesyuarat dan tidak melanggar peraturan
  3. Tindakan Selepas Mesyuarat
    • Mengedarkan atau memberitahu keputusan mesyuarat kepada pihak-pihak yang terlibat
    • Melakukan langkah selanjutkan apabila keputusan mesyuarat telah diperoleh
    • Memberikan maklum balas kepada urusetia dan menyerahkan laporan yang dikehendaki

Perkongsian Bersama

Pihak kami mengharapkan dengan perkongsian kami ini berkaitan Himpunan Minit Mesyuarat Kurikulum Sekolah dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat serta menjadi panduan kepada guru-guru dan juga pihak pengurusan dalam membina minit mesyuarat yang baik dan sempurna. Sebelum ini juga kami ada berkongsi mengenai Minit Mesyuarat Pengurusan Sekolah. Anda boleh melayari web kami untuk pelbagai lagi info menarik dan kongsikan kepada rakan-rakan anda untuk kegunaan bersama.