Buku Panduan & Pengurusan Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

2075

KOMPILASI MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam ini merupakan himpunan beberapa minit mesyuarat Panitia Pendidikan Islam yang biasanya diadakan di peringkat sekolah. Perkongsian ini dibawakan khas kepada para guru yang mencari kompilasi minit mesyuarat panitia Pendidikan Islam yang terdiri daripada minit mesyuarat kali pertama sehingga minit mensyuarat kali ketiga.

Pengendalian mesyuarat ini perlu dilaksanakan secara terancang dan sistematik bagi mencapai matlamat yang disasarkan. Kerjasama dan komitmen antara ahli yang terlibat amatlah dituntut dalam menjamin kelangsungan mesyuarat dari masa ke masa.

Mesyuarat Pendidikan Islam

Antara intipati penting yang perlu dimasukkan ke dalam perbincangan mesyuarat panitia Pendidikan Islam, adalah:

  1. Menentukan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam yang terkini.
  2. Menyelaras format penulisan Rancangan Mengajar Harian bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.
  3. Mengkaji keberkesanan dan kelemahan buku teks Pendidikan Islam.
  4. Mencadangkan buku-buku rujukan, bahan-bahan kurikulum dan Bahan Bantu Mengajar khususnya bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.
  5. Penyelarasan ujian dan penilaian serta tindak ikut.
  6. Mengkaji punca kelemahan pelajar dan cara mengatasinya serta tindakan pembetulan yang perlu dilaksanakan.
  7. Membincangkan keperluan mengadakan latihan dalaman, bengkel atau taklimat yang bersesuaian.
  8. Membincangkan teguran dan pengesyoran daripada Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Ketua Bidang, Pejabat Pendidikan Daerah, serta lain-lain yang berkaitan.
  9. Memaklumkan kepada ahli tentang arahan-arahan terbaru dan mengambil respon serta-merta terhadap mana-mana Surat Pekeliling atau arahan-arahan jabatan.
  10. Mengkaji dan menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahan Mata Pelajaran di dalam bilik darjah serta melaksanakan tindakan-tindakan pembetulan atau menambah baik nilai sedia ada.
  11. Menilai keberkesanan program-program yang telah dilaksanakan serta membincangkan pelan tindakan dan persediaan bagi program-program yang belum dilaksanakan.

Minit Mesyuarat Pendidikan Islam

Berikut merupakan beberapa Minit Mesyuarat Pendidikan Islam mengikut peringkat, iaitu:

Minit Mesyuarat Pendidikan Islam kali Pertama

  • Mesyuarat pertama kali
  • Dilakukan pada awal persekolahan (bulan Januari)

Minit Mesyuarat Pendidikan Islam kali Kedua

  • Susulan daripada mesyuarat Pendidikan islam pertama
  • Dilakukan pada tempoh waktu di antara pertengahan penggal pertama persekolahan sehingga penghujung penggal pertama (antara bulan Mac sehingga Mei)

Minit Mesyuarat Pendidikan Islam kali Ketiga

  • Susulan daripada mesyuarat Pendidikan Islam kedua.
  • Dilakukan pada tempoh waktu di antara permulaan penggal kedua persekolahan sehingga pertengahan penggal kedua. (antara bulan Julai sehingga September)

Minit Mesyuarat Pendidikan Islam kali Keempat

  • Susulan daripada mesyuarat Pendidikan islam ketiga.
  • Dilakukan pada penghujung penggal kedua persekolahan. (antara bulan November sehingga Disember)

Dapatkan “Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam” di sini


Di sini admin nak kongsikan beberapa Minit Mesyurat Panitia Pendidikan Islam yang terdiri daripada minit mesyuarat pertama sehingga minit mesyuarat ketiga. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘DOC’

Download :

  1. Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam kali Pertama
  2. Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam kali Kedua
  3. Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam kali Ketiga

 

Diharapkan perkongsian Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam ini dapat membantu guru-guru panitia Pendidikan Islam dalam merencanakan mesyuarat-mesyuarat yang bakal dikendalikan sepanjang sesi persekolahan berlangsung. Semoga para guru dapat memanfaatkan bahan-bahan dalam perkongsian ini dengan sebaiknya.

Anda juga boleh dapatkan perkongsian berkenaan Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Moral , Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual , Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Sains Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Matematik , Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris ataupun Kompilasi Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu mengikut keperluan dan kesesuaian masing-masing.

Selain itu, terdapat juga perkongsian lain merangkumi pelbagai bidang seperti isu semasa, hebahan jawatan kosong, bantuan kerajaan, dan lain-lain dari semasa ke semasa yang boleh didapati informasinya melalui laman sesawang Sistem Guru Online.