Buku Panduan & Pengurusan Fail Meja GPK Kurikulum & Kokurikulum Terkini

Fail Meja GPK Kurikulum & Kokurikulum Terkini

5773

Fail Meja GPK Kurikulum & Kokurikulum

Fail Meja GPK Kurikulum & Kokurikulum Terkini. Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Kokurikulum dipertanggungjawabkan untuk bersama Guru Besar atau Pengetua dalam mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Oleh hal yang demikian, Guru Penolong Kanan Kurikulum hendaklah melicinkan pentadbiran, meningkatkan kaedah prestasi pengajaran guru serta meningkatkan taraf pembelajaran murid. Menyediakan khidmat bantu yang secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan tercapai.

Senarai Bidang Tugas bersama Guru Besar

  1. Melaksanakan tugas-tugas Guru Besar atau Pengetua semasa ketiadaannya.
  2. Menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran mengikut arahan Guru Besar.
  3. Bertanggungjawab berkenaan hal kurikulum, pentadbiran dan pengurusan guru serta kakitangan selain guru.
  4. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan Pengurusan sekolah termasuk yang menguruskan persekolahan sesi petang.
  5. Membantu Guru Besar melakukan seliaan dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Dapatkan “Fail Meja GPK Kurikulum & Kokurikulum” di sini


Di sini admin nak kongsikan Fail Meja GPK Kurikulum tersebut dan kami sertakan juga fail meja bagi GPK Kokurikulum. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

  • Fail Meja GPK Kurikulum 
  • Fail Meja Guru Penolong Kanan Kokurikulum Terkini

Senarai Tugas GPK Kurikulum

  1. Menentukan pelaksanaan Kursus Pengajian.
  2. Menentukan Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lain-lain.
  3. Membantu dalam menguruskan penyediaan peralatan teknologi pendidikan dan pusat sumber.
  4. Menentukan penggunaan dan penyenggaraan bahan-bahan untuk pendidikan.
  5. Memberikan bimbingan dalam melatih guru-guru pelatih, guru baru dalam menjalani latihan mengajar dalam menjalani tugas-tugas harian.
  6. Membantu dalam merancang dan menyelaraskan perkara-perkara berkaitan dengan ujian, peperiksaan dan penilaian serta mencadangkan tindakan susulan.

Tanggungjawab GPK Kokurikulum

  1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab untuk merancang aktiviti Persatuan Unit Beruniform, Sukan dan Permainan serta menguruskan pemilihan peserta dalam setiap badan kokurikulum. Selain menyelia kegiatan sukan dan permainan, penyelarasan aktiviti sukan dan permainan di dalam dan di luar sekolah turut menjadi tanggungjawab GPK Kokurikulum.
  2. Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum.
  3. Menyediakan anggaran kewangan pengurusan kokurikulum di sekolah.
  4. Membantu dalam segala jenis pelaksanaan atau penganjuran dalam program yang melibatkan kokurikulum.
  5. Menyelaraskan pengagihan murid mengikut aktiviti dalam kegiatan kokurikulum untuk menaiktaraf tahap pencapaian.
  6. Memastikan rekod dan data kokurikulum dilengkapkan dan dihantar salinannya kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
  7. Semasa cuti sekolah, guru penolong kanan Kokurikulum perlulah merancang aktiviti kokurikulum bagi mengadakan aktiviti selepas musim peperiksaan.

Tugas guru penolong kanan kokurikulum adalah lebih bersasarkan kepada aktiviti-aktiviti berpesatuan, unit beruniform serta sukan dan permainan. Manakala tugas guru penolong kanan kurikulum lebih berfokuskan kepada pentadbiran serta pendidikan sekolah. Walaupun begitu, kedua-dua jawatan ini memainkan peranan yang penting bersama-sama Pengetua sekolah dalam mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan serta mengangkat prestasi sekolah ke arah yang cemerlang.

Apabila sesebuah sekolah mencapai gelaran sekolah cemerlang, secara tidak langsung turut menghasilkan pelajar-pelajar yang mempunyai nilai prestasi yang tinggi bukan sahaja pada aspek pendidikan malah termasuk juga dalam aspek kokurikulum. Kecemerlangan sekolah atau pelajar tidak boleh diukur dengan hanya mengambil kira aspek pendidikan, pencapaian sukan, unit beruniform, serta pencapaian pelajar dalam penglibatan aktiviti luar sekolah turut menjadi kayu ukur kepada kecemerlangan pelajar.

Selain daripada fail meja Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Kokurikulum, kami juga ada berkongsi tentang fail meja Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang menjadi salah satu aspek penting dalam pembinaan sekolah cemerlang.

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online bagi mendapatkan informasi terkini.