Latihan Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1- Nouns, Proper Nouns and Pronouns

Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1- Nouns, Proper Nouns and Pronouns

410

latihan bahasa inggeris nouns proper nouns pronouns

Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1- Nouns, Proper Nouns and Pronouns. Latihan Bahasa Inggeris ini adalah bagi memperkenalkan murid tahun 1 mengenai jenis-jenis kata nama dalam bahasa inggeris.

Mempelajari Bahasa Inggeris adalah perkara yang digalakkan kepada semua rakyat Malaysia kerana bahasa kedua negara ini dapat memberikan pelbagai manfaat kepada seseorang individu. Bahasa Inggeris mempunyai pelbagai cabang seperti pembinaan ayat, penguasaan dalam tatabahasa dan sebagainya. Tatabahasa adalah merupakan elemen penting dalam menguasai bahasa. Penggunaan tatabahasa yang betul membantu makna sesebuah ayat disampaikan dengan jelas dan tepat.

Antara kelebihan mempelajari Bahasa Inggeris adalah:

  1. Bahasa Inggeris membuka peluang dalam pelbagai sektor pekerjaan. Graduan yang mempunyai kemahiran dalam bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapatkan pekerjaan. Hal ini adalah kerana kebanyakkan syarikat memerlukan pekerja yang boleh membuka peluang syarikat kepada antarabangsa.
  2. Kebolehan dalam bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan sempurna mampu memberikan tahap keyakinan seseorang. Individu yang mampu bertutur dalam bahasa inggeris akan berasa yakin untuk berkomunikasi tanpa malu melakukan kesilapan.
  3. Membantu seseorang untuk mendapatkan sumber di dalam internet. Perkara ini adalah kerana pelbagai sumber di dalam internet adalah di dalam Bahasa Inggeris dan jika seseorang itu tidak menguasai Bahasa Inggeris maka mereka akan terlepas untuk mendapatkan pelbagai kelebihan melalui internet.
  4. Berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dapat memberikan peluang untuk bersahabat dengan individu daripada negara lain kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa. Mempunyai kenalan daripada luar negara dapat meluaskan ilmu mengenai adat dan budaya negara lain.

Dapatkan “Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1- Nouns, Proper Nouns and Pronouns” di sini


Di sini kami kongsikan bahan yang boleh membantu murid tahun 1 memahami penggunaan kata dalam bahasa inggeris dengan baik. Bahan ini juga boleh digunakan oleh para ibu bapa sebagai latihan insentif kepada anak-anak semasa di rumah.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :

Diharapkan agar perkongsian mengenai Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1: Nouns, Proper nouns and Pronouns ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam membekalkan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak dalam mendidik mereka untuk menguasai Bahasa Inggeris.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan seperti:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini mengenai isu semasa serta bahan-bahan pendidikan yang bermanfaat.