Nota Nota Menarik tentang Kata Adjektif (Perasaan)

Nota Menarik tentang Kata Adjektif (Perasaan)

2713

nota kata adjektif (perasaan)

Nota Menarik tentang Kata Adjektif (Perasaan) ini sesuai untuk dijadikan sebagai bahan mengajar kepada kanak-kanak prasekolah dan murid sekolah rendah untuk mengenali kata adjektif mengenai perasaan.

Nota ini mengandungi huraian ringkas mengenai setiap perasaan yang ditunjukkan serta menggunakan kartun bagi menunjukkan ekpresi muka mengenai sesuai perasaan. Penggunaan warna yang ceria dan menarik serta penggunaan saiz tulisan yang jelas memudahkan murid untuk menggunakan bahan ini.

Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat dimana sesebuah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif hanya terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Ianya boleh juga dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja bersama dengan cirinya yang boleh diikuti oleh kata penguat

Misalnya: amat sakit, sakit sungguh. Kata adjektif bertindak sebagai penerangan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama atau frasa nama. Kata adjektif terbahagi kepada 9 subgolongan iaitu:

  1. Sifat – Bagi menerangkan sifat atau keadaan sesuatu/seseorang.
  2. Warna. Contoh: merah, putih, hitam.
  3. Ukuran. Contoh: pendek, panjang, tebal. 
  4. Bentuk. Contoh: bujur, lurus, segitiga.
  5. Waktu. Contoh: siang, malam, pagi. 
  6. Jarak. Contoh: dekat, hampir, jauh.
  7. Cara. Contoh: selalu, jarang, kerap, lambat.
  8. Pancaindera. Contohnya, rasa: sedap, dengar: bising, bau: bising.
  9. Perasaan. Contoh: takut, seram, benci dan sebagainya. 

Dapatkan “Nota Menarik tentang Kata Adjektif (Perasaan)” di sini


Di sini kami kongsikan bahan pendidikan yang menarik untuk mengajar kanak-kanak Prasekolah mengenai ekspresi muka dan kata adjektif mengenai perasaan. Para guru boleh menggunakan bahan ini sebagai bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Ibu bapa turut digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai bahan mengajar semasa sesi pengajaran dilakukan bersama-sama anak di rumah.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

Diharapkan agar perkongsian mengenai Nota Menarik Kata Adjektif (Perasaan) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, kami turut berharap agar bahan ini dapat membantu murid mempelajari kata adjektif beserta maksudnya dengan baik.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang menarik. Antaranya ialah:

Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai isu semasa dan lebih banyak lagi bahan pendidikan seperti di atas, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.