Modul Koleksi Modul Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1

Koleksi Modul Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1

875

koleksi modul latihan bahasa inggeris tahun 1

Koleksi Modul Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1 mempunyai tiga set modul latihan yang berfungsi untuk membantu murid tahun 1 menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.

Bagi membantu murid menguasai Bahasa Inggeris, mereka perlulah kerap melakukan ulangkaji dan melakukan latihan. Murid perlulah menguasai kemahiran bertutur dan menulis bagi menguasai bahasa ini. Dalam penulisan bahasa inggeris, murid juga perlu mempelajari susunan ayat dan prinsip tatabahasanya.

Menguasai Bahasa Inggeris memberikan seseorang individu pelbagai manfaat seperti mendapat peluang yang banyak dalam sektor pekerjaan, memberikan keyakinan kepada diri sendiri, memudahkan urusan kerja jika berurusan dengan pelanggan antarabangsa. Selain daripada itu, bahasa inggeris merupakan bahasa utama dalam media sosial dan internet. Sesiapa yang menguasai Bahasa Inggeris akan mudah menggunakan teknologi masa kini kerana memahami Bahasa Inggeris dengan baik.

Beberapa tips yang boleh digunakan untuk menguasai Bahasa Inggeris. Antaranya ialah:

  1. Galakkan murid untuk menonton kartun di televisyen yang menggunakan Bahasa Inggeris dan jika ingin menonton kartun di dalam bahasa melayu, pastikan ianya mempunyai sari kata bahasa inggeris.
  2. Mendengar lagu dalam bahasa inggeris turut membantu murid meningkatkan kemahiran mendengar mereka. Lagu merupakan salah satu elemen pengajaran yang diminati oleh murid kerana ianya dilihat sebagai cara pengajaran yang menyeronokkan.
  3. Galakkan murid untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Perkara ini adalah bagi meningkatkan keyakinan serta membantu mereka untuk menyusun ayat dengan betul dalam berkomunikasi.

Dapatkan “Koleksi Modul Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1” di sini


Di sini kami kongsikan koleksi modul latihan yang boleh digunakan oleh para guru sebagai set ujian murid tahun 1. Ibu bapa turut digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai bahan ulangkaji anak-anak semasa di rumah. Sumber bahan daripada Cikgu Share.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang diberikan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :

Diharapkan agar perkongsian mengenai Koleksi Modul Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1 ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan yang dapat membantu dalam pendidikan murid dan anak-anak.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan seperti:

Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai isu semasa serta bahan-bahan pendidikan yang bermanfaat, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.