Modul Modul Petikan Ringkas (Isi Tempat Kosong) Sesuai untuk Murid Tahap 1

Modul Petikan Ringkas (Isi Tempat Kosong) Sesuai untuk Murid Tahap 1

1020

modul petikan ringkas murid tahap 1

Modul Petikan Ringkas (Isi Tempat Kosong) Sesuai untuk Murid Tahap 1. Fokus utama modul latihan ini adalah bagi membantu murid pemulihan khas tahap 2 memahami sesuatu situasi berdasarkan gambar yang disediakan. Modul ini juga turut boleh digunakan kepada murid tahap 1 bagi membantu pembinaan ayat mengikut situasi.

Modul ini adalah bagi membantu murid untuk membina ayat dengan sempurna. Latihan yang disediakan adalah berdasarkan isi tempat kosong di mana membantu murid yang lemah untuk mengenali struktur ayat. Setiap gambar di dalam setiap latihan juga adalah tidak sukar bagi murid untuk menghuraikan situasi di dalam gambar tersebut.

Ada beberapa teknik dalam membantu murid untuk membina ayat. Teknik SALAM mengajarkan murid untuk menggunakan pelaku, lokasi dan sebagainya seperti di bawah:

S – Siapa
A – Aktiviti
L – Lokasi
A – Alat
M – Mengapa 

Contoh ayat yang dibina melalui teknik SALAM:

Seorang pelajar lelaki sedang mengelap cermin tingkap di dalam kelas menggunakan span agar tiada habuk dan bersih. 

Selain daripada teknik SALAM, murid juga boleh menggunakan teknik SAM bagi membina ayat yang ringkas.

S – Siapa
A – Aktiviti
M – Mana 

Contoh ayat yang dibina menggunakan teknik SAM:

Mimi dan Yasmin membeli makanan di kantin. 

Dapatkan “Modul Petikan Ringkas (Isi Tempat Kosong) Sesuai untuk Murid Tahap 1” di sini


Di sini kami kongsikan bahan yang dapat digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar murid di sekolah. Ibu bapa turut digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai latihan insentif kepada anak-anak di masa lapang.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : MODUL PETIKAN RINGKAS

Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul Petikan Ringkas untuk Murid Tahap 1 ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, kami juga berharap agar bahan ini dapat membantu murid tahap 1 membina ayat dengan baik dan sempurna.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan oleh murid tahap 1. Antaranya ialah:

Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai isu semasa dan lebih banyak lagi bahan pendidikan bermanfaat, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.