Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1= Unit: At School Muka Surat 5&6. Dalam mempelajari bahasa inggeris tahun 1, terdapat beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar seperti kemahiran bertutur, kemahiran menulis dan mendengar.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) di dalam bukunya yang bertajuk Bahasa Melayu II menyatakan bahawa kemahiran bahasa merupakan isu yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Antara isu yang pernah timbul berkenaan dengan bahasa adalah murid sekolah masih lagi tidak menguasai kemahiran bahasa, khususnya kemahiran membaca dan menulis walaupun telah menjalani sesi persekolahan selama enam tahun.
Selain daripada bahasa melayu, kemahiran bahasa inggeris turut menjadi fokus utama pihak sekolah dalam membantu murid-murid menguasai bahasa kedua ini.
Contents
Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Inggeris Tahun 1
Kaedah Pandang Sebut
Berdasarkan kaedah ini, pengajaran membaca adalah melalui perkataan-perkataan yang biasa diguna oleh murid dalam kehidupan seharian. Guru perlulah mengenalkan perkara-perkara baharu dengan menyebut dahulu cara menyebut perkataan tersebut secara berulang. Perkataan yang disertakan dengan gambar dan visual dapat memudahkan murid untuk memahami maksud perkataan tersebut. Sekiranya melalui kaedah visual tidak dapat membantu murid untuk menyebut perkataan tersebut, guru boleh menggunakan fonik atau bunyi huruf seperti menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut.
Kaedah Abjad
Kaedah abjad merupakan kaedah yang sering digunakan oleh guru dalam pengajaran kemahiran membaca di sekolah. Menurut kaedah tersebut, kanak-kanak diperkenalkan dengan nama-nama huruf bermula dari huruf a sehingga huruf z. Setelah murid mengetahui nama-nama huruf, murid akan diajar untuk mengenali huruf vokal. Pada peringkat tersebut juga, bunyi huruf diperkenalkan kepada murid agar mereka mengetahui bunyi-bunyi huruf tersebut. Seterusnya, huruf-huruf tersebut boleh digabungkan bagi membolehkan murid membentuk suku kata dan seterusnya membentuk perkataan.
Kaedah Bunyi Kata
Profesor Isahak Haron merupakan individu yang memperkenalkan kaedah bunyi kata dalam pengajaran kemahiran membaca. Berdasarkan kaedah ini, pembelajaran kemahiran membaca murid berlaku secara berperingkat bermula dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf dan bentuk huruf (Abd. Aziz Abd. Talib, 2000). Selain itu, murid membina suku kata dan seterusnya membina perkataan. Contoh aktiviti bagi pengajaran kemahiran membaca adalah seperti yang berikut:
- Guru menunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar pada bahagian belakang. Murid akan menyebut nama huruf tersebut.
- Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.
- Murid akan mengulangi perkataan dan bunyi huruf.
- Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil menyebutnya (terjemahan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-huruf tersebut.
- Murid membaca apa yang telah dituliskan, membunyikan huruf(terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar).
Setelah murid terbiasa dengan nama, bunyi dan bentuk huruf, guru bolehlah meneruskan dengan latih tubi bagi kemahiran membaca seperti melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses bacaan). Guru juga perlu membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis (proses mengeja).
Hubungan antara nama, bunyi dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu kepada murid dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat diperlukan dalam setiap perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula.
Dapatkan “Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1 = Unit: At School Muka Surat 5&6” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : LATIHAN BAHASA INGGERIS TAHUN 1= UNTI AT SCHOOL MUKA SURAT 5&6
Sebelum ini, kami juga pernah berkongsi berkenaan dengan bahan pendidikan bahasa inggeris tahun 1. Antaranya ialah:
- Muka Surat 1 Latihan Bahasa Inggeris Tema (At School)
- Latihan Tambahan Bahasa Inggeris Muka Surat 2 Tema: At School
- Praktis Tambahan Bahasa Inggeris Muka Surat 3 dan 4
Semoga dengan perkongsian tentang Latihan Bahasa Inggeris Tahun 1 Tema: At School ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa untuk menggunakan bahan yang telah disediakan ini.
Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini.