Latihan Latihan Pendidikan Islam Tingkatan 4 Bab Adab

Latihan Pendidikan Islam Tingkatan 4 Bab Adab

847

Latihan Pendidikan Islam Tingkatan 4 Bab Adab

Koleksi Latihan Pendidikan Islam Tingkatan 4 Bab Adab ini adalah himpunan soalan-soalan latihan Pendidikan Islam Tingkatan 4 berkaitan dengan adab. Soalan latihan yang dikongsikan merangkumi keseluruhan pembelajaran tentang adab.

Di dalam konteks kehidupan, adab adalah perkara yang penting dan amat dititikberatkan oleh semua lapisan masyarakat kerana adab menentukan akhlak seseorang individu tersebut. Menurut Rasulullah SAW, adab adalah perkara kedua terpenting yang perlu ditekankan selepas iman.

Kepentingan Adab dalam Kehidupan

Adab amat penting dalam kehidupan manusia dimana ianya menentukan keamanan dan kesejahteraan hidup di dalam sesuatu komuniti. Masyarakat saling mempunyai rasa hormat dan toleransi antara satu sama lain. Begitu juga di dalam sebuah keluarga dimana anak-anak akan menjaga adab mereka dengan ibu bapa dan golongan yang lebih tua.

Selain itu, dengan memiliki adab yang baik dan sempurna, individu lain akan memandang tinggi dan mempunyai persepsi positif terhadap diri kita. Justeru, amat penting memupuk adab yang baik ke dalam diri anak-anak sejak peringkat awal lagi agar mereka terbiasa dengan segala tatatertib yang perlu dipatuhi.

Kami juga ada berkongsi Bahan dan Aktiviti berkaitan Hari Antidadah kepada guru-guru untuk melaksanakan program PPDa.

Dapatkan “Soalan latihan Pendidikan islam T4 (Adab) ” di sini

Anda boleh dapatkan soalan-soalan latihan Tingkatan empat (4) berkaitan adab di ruangan ini. Soalan yang dikongsikan merangkumi semua bahagian adab dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Link Download dibawah:-

SUBJEK

SOALAN DAN JAWAPAN

Pendidikan Islam Tingkatan 4

 

Adab, Cara dan Hikmah Berfikir

Kita sedia maklum bahawa perkara yang membezakan manusia dan haiwan ialah akal. Manusia dikurniakan akal untuk berfikir, membezakan perkara baik dan buruk serta menggunakan akal untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik di dunia. Namun begitu, akal manusia terbatas tentang perkara ghaib.

Untuk memastikan manusia dapat membezakan antara kebenaran atau hak dan batil, manusia perlu sentiasa menjaga adab berfikir supaya segala tindakan adalah rasional.

Adab berfikir

  • Berdasarkan sumber yang sahih seperti syariat islam
  • Menggunakan akal fikiran untuk berfikir
  • Memastikan segala info yang diterima adalah tepat dan benar supaya dapat mengelak daripada fitnah
  • Mendapatkan maklumat yang jelas dan terperinci

Cara berfikir

  • Mengenal pasti tujuan berfikir
  • Untuk mengetahui langkah atau kaedah untuk mencapai matlamat
  • Mengetahui adab dan batas-batas kehidupan berlandaskan agama Islam

Hikmah berfikir

  • Menjaga iman dan akhlak diri
  • Melihat kebesaran dan kekuasaan Allah SWT
  • Sentiasa mencari ilmu pengetahuan
  • Dapat menerokai pelbagai ilmu dan perkara baru
  • Menjauhkan diri daripada maksiat dan perkara negatif

Manfaat bersama

Melalui artikel ini Latihan Pendidikan Islam Tingkatan 4 Bab Adab memberikan latihan-latihan kepada pelajar tingkatan empat untuk memantapkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Guru-guru juga boleh memberikan soalan ini kepada murid-murid mereka sebagai langkah persediaan menjawab peperiksaan. Layari laman web kami Sistem Guru Online bagi mendapatkan maklumat tentang pendidikan, bantuan kerajaan dan lain-lain.