Latihan Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 20&21

Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 20&21

170

Latihan Prasekolah Pagar Sesat Ms 20&21

Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 20&21. Selain daripada sesi pembelajaran, guru-guru juga perlulah memasukkan elemen permainan yang dapat merangsang pemikiran serta kemahiran motor mereka. Perkembangan motor kanak-kanak pada peringkat awal mempunyai hubungan dengan tahap sosio-ekonomi keluarga. Hal ini melibatkan beberapa pelaburan tertentu untuk mereka menguasai tahap kemahiran motor asas semasa kecil.

Walaupun begitu, ia tidak menjadi satu kekangan kerana terdapat pihak sekolah yang berperanan dalam membekalkan aktiviti yang dapat membantu ibu bapa meningkatkan kemahiran motor asas kanak-kanak

Di dalam fasa perkembangan kanak-kanak yang sangat singkat ini, mereka haruslah diberikan kesempatan untuk meneroka dan bergerak secara bebas agar dapat berkempang ke tahap yang optimal. Perkembangan motor kanak-kanak adalah sangat penting bagi membantu perkembangan aspek yang lain seperti perkembangan sosial mereka.

Aktiviti Untuk Meningkatkan Kemahiran Motor Kanak-Kanak

Bermain Pasir

Ibu bapa seringkali menghalang anak-anak mereka bermain pasi tetapi dengan bermain dengan pasir, kemahiran motor halus kanak-kanak akan dapat ditambahbaik. Sediakan alatan yang lain seperti penceduk, trak kecil untuk mengangkat pasir serta acuan. Ibu bapa juga boleh mengisikan pasir ke dalam dulang dan membiarkan kanak-kanak ini melakar di atasnya. Selain daripada pasir biasa, ibu bapa juga boleh menggunakan pasir kinetik untuk merangsang jari-jemari serta tapak tangan si kecil.

Doh Mainan

Permainan doh adalah sesuai untuk meningkatkan sensori motor halus kanak-kanak. Mereka akan berasa bebas untuk menguli, memicit, mencubit doh yang mempunyai pelbagai jenis warna. Ini adalah latihan yang baik untuk jari dan ibu jari mereka.

Mengkategorikan Objek Kecil 

Bermain menggunakan material yang kecil dan halus sebegini dapat melatih anak untuk lebih fokus meningkatkan koordinasi mata dan tangan anak sekaligus meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak.

Dapatkan “Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 20&21” di sini


Di sini, kami akan berkongsi bahan latihan di dalam pautan yang telah disediakan. Sila muat turun dan cetak untuk kegunaan proses pembelajaran. Selain daripada guru-guru, ibu bapa juga boleh menggunakan bahan ini ketika di rumah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LATIHAN PRASEKOLAH – AKTIVITI PAGAR SESAT MUKA SURAT 20&21

Latihan ini merupakan sambungan daripada latihan yang lepas, di bawah adalah senarai latihan prasekolah yang pernah dikongsikan:

  • Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 1-3
  • Aktiviti Tambahan Bagi Murid Prasekolah Muka Surat 4&5
  • Aktiviti Pagar Sesat untuk Latihan Prasekolah Muka Surat 6 dan 7
  • Prasekolah: Latihan Motor, Pagar Sesat Muka Surat 8&9
  • Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 10 dan 11
  • Praktis Pagar Sesat khas bagi Murid Prasekolah Muka Surat 12&13
  • Latihan Tambahan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 14&15
  • Praktis Murid Prasekolah Muka Surat 16 dan 17
  • Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 18-19 

Diharapkan agar dengan perkongsian Latihan Prasekolah Aktiviti Pagar Sesat ini akan memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam membantu perkembangan kanak-kanak.

Selain daripada perkongsian bahan pendidikan, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini seperti bantuan kerajaan dan informasi bermanfaat untuk orang ramai.