Latihan Latihan Matematik Tahun 1 = Unit: Operasi Asas Tambah Tolak Muka Surat...

Latihan Matematik Tahun 1 = Unit: Operasi Asas Tambah Tolak Muka Surat 5&6

523

Math Tahun 1 Ms 5&6

Latihan Matematik Tahun 1 = Unit: Operasi Asas Tambah Tolak Muka Surat 5&6. Mata pelajaran yang melibatkan pengiraan semestinya menjadi cabaran bagi ibu bapa dan guru dalam memastikan anak-anak dan murid mereka memahami mata pelajaran ini.

Latihan yang berkala adalah salah satu cara untuk membantu pelajar dalam mencapai kefahaman yang optimum dalam sesuatu topik.

Tetapi, dalam aspek pengiraan para guru hendaklah mempelbagaikan cara atau kaedah dalam mengajar anak murid kerana setiap pelajar mempunyai kaedah atau tahap pencapaian yang berbeza.

Teknik Mengajar Matematik Operasi Asas Tahun 1

Mengira mengikut rentak muzik

Jadikan lagu sebagai satu kaedah untuk mengajar pelajar mengira. Lagu adalah salah satu medium yang mudah untuk diingati oleh kanak-kanak, jadi guru perlulah mengubah irama lagu dan memasukkan elemen matematik di dalamnya.

Masukkan matematik dalam kehidupan seharian

Gunakan elemen-elemen di sekitar murid untuk mengira. Sebagai contoh, mengira bilangan pensil yang dimiliki oleh setiap murid, mengulang semula harga makanan yang dibeli oleh murid semasa waktu rehat dan sebagainya. Dengan cara ini, mereka akan lebih sebati dengan pengiraan kerana telah digunakan dalam kehidupan seharian.

Menggunakan ilustrasi dalam pengiraan

Objek yang pelbagai bentuk dan mempunyai pelbagai warna akan menarik minat kanak-kanak. Gunakan latihan yang mempunyai elemen ilustrasi seperti bilangan epal, basikal dan sebagainya. Pengiraan objek juga akan dapat membantu kanak-kanak untuk menguasai kemahiran mengira dengan mudah.

Menggunakan kad imbasan nombor 

Penggunaan kad imbasan dalam kaedah mengajar kanak-kanak adalah antara kaedah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa. Selalunya, nombor 1 hingga 9 adalah nombor yang senang untuk diingati oleh setiap pelajar. Apabila murid telah berjaya mengingati nombor-nombor tersebut, guru boleh meminta pelajar untuk menunjukkan angka yang disebut oleh guru. Hal ini adalah bagi menajamkan lagi ingatan setiap pelajar.

Dapatkan “Latihan Matematik Tahun 1, Operasi Tambah Tolak Muka Surat 5&6” di sini


Kami disini akan berkongsi berkenaan dengan bahan matematik di dalam pautan yang disediakan. Para guru boleh menjadikan bahan ini sebagai latihan tambahan untuk pelajar semasa di kelas mahupun sebagai kerja rumah mereka.

Penggunaan ilustrasi di dalam latihan ini sedikit sebanyak akan dapat memudahkan pemahaman murid serta dapat menarik minat mereka untuk melaksanakan latihan ini.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LATIHAN MATEMATIK OPERASI ASAS MUKA SURAT 5&6

Sebelum ini, kami ada kongsikan beberapa bahan pendidikan untuk murid tahun 1 dan prasekolah. Antaranya ialah:

  • Latihan Sains Tahun 1 Unit Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup
  • Latihan Matematik Tahun 1 Operasi Asas Muka Surat 3&4
  • Praktis Bahasa Melayu Tahun 1 Masyarakat Muhibbah 
  • Aktiviti Bahasa Inggeris Tahun 1 Unit At School 

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi serta bahan-bahan pendidikan yang sahih.