Ini adalah modul kedua dalam edisi latihan bahasa melayu tahun 1. Modul ini hanya mengandungi 1 muka surat yang terdiri daripada latihan membina ayat / menyusun perkataan menjadi satu ayat lengkap.
Latihan ini sesuai dijadikan latihan masa lapang atau sebagai kerja rumah memandangkan ia tidak memerlukan pemantauan maksima dan ia juga tidak mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.
Kebaikan latihan menyusun semula perkataan menjadi satu ayat lengkap adalah ia dapat membantu pelajar untuk lebih memahami struktur ayat yang sempurna, lengkap dengan kata nama dan kata kerja. Apabila mereka tahu di mana kedudukan sebenar kata nama dan kata kerja dalam sebuah ayat lengkap, ia tidak akan menjadi satu masalah bagi mereka untuk membina sebuah ayat lengkap berdasarkan perkataan atau gambarajah yang diberikan.
MUAT TURUN SEKARANG :