Latihan Matematik Topik Bentuk 3 Dimensi ini adalah bagi membantu murid Sekolah Rendah mempelajari jenis-jenis bentuk samada dua atau tiga dimensi.
Mengenali bentuk dimensi dalam mata pelajaran matematik adalah perkara yang menyeronokkan. Setelah pelajar memahami dan menguasai bentuk dua dimensi yang telah dipelajari sebelum ini, pelajar akan berjumpa dengan bentuk 3 Dimensi seperti bentuk sfera, kuboid dan sebagainya.
Ibu bapa juga boleh mengenalkan beberapa bentuk asas kepada anak-anak ketika di awal usia. Sesi memperkenalkan bentuk boleh dilakukan secara santai bersama-sama dengan anak. Ibu bapa boleh menghasilkan sendiri bahan bantu mengajar seperti menyediakan sebuah kotak dan melubangkan penutup kotak dengan tiga jenis bentuk asas seperti bentuk segi tiga, bulat dan segi empat sama.
Kemudian, sediakan beberapa jenis barang yang mempunyai ketiga-tiga jenis bentuk tersebut. Anak-anak akan mengenali jenis bentuk dengan memasukkan barang ke dalam kotak melalui kategori yang betul. Aktiviti ini boleh dilakukan bersama anak-anak prasekolah ataupun anak yang telah memasuki sekolah rendah.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh membantu pelajar memahami dan menguasai semua jenis bentuk dua dan tiga dimensi. Bagi anak yang telah arif dengan bentuk dua dimensi, ibu bapa boleh meneruskan sesi pengajaran di rumah dengan memperkenalkan kepada mereka mengenai bentuk tiga dimensi.
Bentuk tiga dimensi umumnya akan mempunyai beberapa permukaan. Pemberian nota dan bahan bantu mengajar yang kerap akan dapat membantu mereka memahami topik ini dengan sebaiknya.
Dapatkan “Latihan Matematik Topik Bentuk 3 Dimensi” di sini
Di sini kami akan kongsikan bahan pendidikan yang boleh digunakan oleh ibu bapa dan guru dalam membantu pelajar memahami mata pelajaran ini dengan sebaiknya.
Sila muat turun bahan ini melalui pautan yang telah disediakan di bawah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : LATIHAN BENTUK TIGA DIMENSI
Walaupun ibu bapa dan guru telah menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar dan nota-nota mengenai bentuk tiga dimensi, pelajar juga perlulah kerap melakukan latihan bagi memastikan mereka telah memahami topik ini dengan sebaiknya.
Diharapkan agar perkongsian mengenai Latihan Matematik Topik Bentuk Tiga Dimensi ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa serta memberikan kefahaman yang mendalam kepada pelajar.
Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan seperti:
- Nota Padat Matematik Tahun 6
- Kesilapan Lazim di dalam Matematik Sekolah Rendah
- Modul Latihan Matematik Tahun 1 Operasi Darab
Sila layari laman web rasmi Sistema Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini mengenai isu semasa serta bagi mendapatkan pelbagai bahan pendidikan yang bermanfaat kepada para guru, ibu bapa dan pelajar.