Latihan Latihan Prasekolah: Aktiviti Menyurih (Tracing Words)

Latihan Prasekolah: Aktiviti Menyurih (Tracing Words)

2689

latihan prasekolah aktiviti menyurih

Latihan Prasekolah: Aktiviti Menyurih (Tracing Words). Di dalam latihan prasekolah yang disediakan ini, terdapat aktiviti menyurih yang sesuai bagi membantu kanak-kanak prasekolah meningkatkan kemahiran menulis.

Aktiviti menyurih merupakan salah satu aktiviti yang dapat membantu kemahiran motor halus kanak-kanak. Hal ini kerana, dengan melakukan aktiviti menyurih, kanak-kanak perlu memegang pensil dengan betul. Perkara ini membantu kekuatan kanak-kanak dalam memegang.

Kemahiran motor halus adalah perkara penting semasa perkembangan awal kanak-kanak kerana motor halus membantu mereka untuk menulis, memegang pelbagai objek di sekeliling. Aktiviti menyurih dapat meningkatkan koordinasi mata dan tangan kerana mereka perlu menyelaraskan mata dengan pergerakan tangan.

Selain itu, aktiviti menyurih juga dapat meningkatkan tumpuan kanak-kanak kerana mereka perlu memberikan perhatian kepada pergerakan pensil. Aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak bersama-sama ibu bapa dapat mewujudkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Perkara ini dapat memberikan kanak-kanak perasaan seperti dihargai apabila ibu bapa melihat aktiviti yang dilakukan oleh mereka.

Ketika melakukan aktiviti ini bersama anak-anak di rumah, ibu bapa digalakkan untuk mengajar anak-anak untuk membaca mengikut perkataaan yang telah disurih. Perkenalkan mereka dengan huruf-huruf yang terdapat di dalam latihan yang mereka lakukan. Ibu bapa juga boleh menggalakkan mereka untuk mewarna kartun yang terdapat di dalam latihan bagi menarik minat mereka.

Dapatkan “Latihan Prasekolah: Aktiviti Menyurih (Tracing Words)” di sini


Di sini kami kongsikan bahan yang boleh digunakan oleh para guru dan ibu bapa dalam membekalkan bahan pendidikan yang bermanfaat kepada murid/anak.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

Selain daripada aktiviti menyurih objek dan perkataan seperti yang dikongsikan, aktiviti mewarna juga dapat membantu kemahiran motor halus kanak-kanak prasekolah. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak antaranya adalah dengan melakukan aktiviti di dalam Buku Mewarna Buah-buahan, Aktiviti Gunting dan Tampal serta bahan pendidikan seperti Nota Huruf Vokal bagi prasekolah.

Diharapkan agar dengan perkongsian mengenai Latihan Prasekolah: Aktiviti Menyurih (Tracing Words) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dalam menyediakan bahan pendidikan kepada kanak-kanak prasekolah walaupun ketika pdpr di lakukan ketika ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak bahan pendidikan seperti yang telah dikongsikan di atas, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.