Latihan LATIHAN MEMBACA PRA SEKOLAH / TAHAP 1

LATIHAN MEMBACA PRA SEKOLAH / TAHAP 1

209

LATIHAN MEMBACA PRA SEKOLAH / TAHAP 1, Jika anda menerapkan amalan membaca di kalangan kanak-kanak dari usia muda, mereka pasti akan menjadikan buku sebagai rakan karib mereka. Tidak perlu bahan bacaan yang terlalu berat, mulakan dengan buku yang ringan dan menarik. Bagi kanak-kanak pra sekolah, cuba berikan mereka buku yang mempunyai banyak gambarajah dan perkataan yang mudah difahami.

Di sini, admin kongsikan bahan bantu mengajar berkonsepkan buku yang lengkap dengan gambarajah serta perkataan yang diwarnakan berbeza mengikut sukukata supaya mudah untuk pelajar mengeja, menyebut dan membaca serta memahami apa yang dipelajari. Bahan ini hanya mengandungi 10 muka surat dan ia juga dikategorikan sebagai bahan bacaan yang ringan dan menarik.

Bahan bantu mengajar ini sesuai untuk kanak-kanak pra sekolah dan tahap 1. Bukan sahaja sesuai untuk digunakan oleh guru yang mengajar, ibu bapa juga boleh memuat turun dan mencetak bahan ini untuk dijadikan bahan bacaan di sudut bacaan di rumah. Lebih mudah dan jimat!

MUAT TURUN SEKARANG

reading