BBM : SUAIKAN GAMBAR / PADANKAN GAMBAR, Pada pendapat Admin, ramai pelajar terutamanya kanak-kanak sangat sukakan aktiviti latihan suaikan atau padankan gambar. Ini adalah kerana, aktiviti ini bukan sahaja mudah dan ringan tetapi juga menarik dan menyeronokkan untuk dilakukan sama ada secara individu mahupun berkumpulan.
Bagi lembaran kerja kali ini, Admin SGO kongsikan bahan bantu mengajar yang mengandungi 8 muka surat terdiri daripada aktiviti suaikan atau padankan gambar dengan nama/perkataan. Lembaran kerja ini amat bersesuaian untuk pelajar pra sekolah dan tahap 1 kerana ia lebih mudah dan menarik perhatian.
Guru boleh gunakan lembaran kerja ini dengan cara yang lebih kreativiti seperti melakukan ia secara berkumpulan dan meminta pelajar padankan perkataan dengan gambarajah serta meminta mereka untuk membawa/menunjukkan objek tersebut sekiranya ia berada dalam persekitaran mereka.
Aktiviti ini bukan sahaja dapat membuatkan mereka lebih aktif tetapi juga memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.
MUAT TURUN SEKARANG