Latihan Menulis Karangan Bahasa Melayu Tahap 1 ini membantu murid menghasilkan karangan Bahasa Melayu berdasarkan situasi dalam soalan yang diberikan.
Di dalam peperiksaan, karangan memegang markah yang tinggi bagi sesuatu kertas bahasa. Tidak kira Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, tatabahasa merupakan elemen yang penting dalam penulisan. Penggunaan tatabahasa yang lemah, akan mengakibatkan markah menjadi rendah.
Oleh itu, murid perlulah menguasai tatabahasa terlebih dahulu. Jika murid telah menguasai tatabahasa, lakukan latihan karangan seperti bahan yang telah disediakan di bawah.
Bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran yang penting dan wajib lulus. Jadi murid haruslah berusaha menguasai mata pelajaran ini agar tidak memberikan kesan kepada mata pelajaran yang lain.
Dapatkan “Latihan Menulis Karangan Bahasa Melayu Tahap 1” di sini
Di sini kami sediakan bahan yang dapat digunakan oleh para guru semasa mengajarkan murid berkenaan dengan penulisan karangan. Ibu bapa digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai latihan tambahan kepada anak-anak dalam membantu mereka menghasilkan karangan Bahasa Melayu yang sempurna.
Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Latihan Karangan Tahap 1
Bahan pendidikan yang disediakan di atas membantu murid memilih kata kerja yang betul bagi setiap situasi yang ditunjukkan. Hal ini dapat membantu murid menghasilkan karangan mengikut kehendak soalan peperiksaan. Pada masa yang sama, ia dapat menambah kosa kata murid.
Penutup
Diharapkan agar perkongsian mengenai Latihan Menulis Karangan Bahasa Melayu Tahap 1 ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang dapat membantu dalam kecermelangan murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapakan agar bahan ini dapat membantu murid menghasilkan karangan dengan lebih baik.
Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan bagi murid sekolah rendah seperti:
- Kompilasi Nota Tatabahasa Bahasa Inggeris Sekolah Rendah
- Praktis Penulisan Karangan Bahasa Inggeris -Sekolah Rendah
- Kesilapan Lazim Matematik Sekolah Rendah
- Nota Tatabahasa Sekolah Rendah Padat dan Menarik
Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini mengenai isu-isu semasa, bantuan kerajaan dan pelbagai lagi informasi bermanfaat untuk orang ramai.