Ini adalah set dua dalam edisi penulisan jawi. Set lembaran kerja ini agak mudah dan senang untuk dilakukan. Guru boleh menjadikan ia sebagai kerja rumah atau ibu bapa juga boleh memberikannya sebagai latihan masa lapang bagi memantapkan lagi penguasaan penulisan jawi di kalangan pelajar.
Mengapa perlu diberikan perhatian untuk memastikan pelajar mempelajari dan menguasai tulisan jawi? Ini kerana, tulisan jawi mempunyai nilai estetika yang tinggi, unik dan juga klasik. Ia mempunyai nilai tersendiri yang hanya dapat difahami dan dilihat oleh mereka yang menguasai penulisan jawi itu sendiri.
Menguasai tulisan jawi bukanlah sesuatu yang susah jika diajar dari usia yang muda. Bahkan juga, kita dari usia kanak-kanak lagi telah dididik dan diajar untuk membaca dan mengeja dalam tulisan jawi semasa mempelajari Iqra dan Al-Quran.
MUAT TURUN SEKARANG :
LATIHAN PENULISAN JAWI TAHAP 1