Latihan Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 30&31

Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 30&31

194

Latihan Prasekolah ms 30&31

Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 30&31 ini membantu para guru dalam menyediakan bahan-bahan pendidikan yang bersesuaian dengan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Selain daripada guru-guru, ibu bapa turut memainkan peranan yang penting dalam menyediakan bahan pendidikan kanak-kanak. Aktiviti permainan yang dapat merangsang perkembangan minda mereka amatlah digalakkan untuk dilakukan bersama-sama keluarga kerana pada masa yang sama, hubungan keluargaan dapat dieratkan.

Terdapat pelbagai jenis permainan yang bersesuaian mengikut peringkat umur kanak-kanak. Ada juga permainan yang mempunyai fokus utama dalam memupuk kreativiti, meningkatkan perkembangan minda, meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar kanak-kanak, dan sebagainya.

5 Aktiviti untuk Memupuk dan Merangsang Kreativiti Kanak-Kanak Prasekolah 

  1. Pupuk kreativiti anak dengan bercerita.

Melalui sesuatu penceritaan, kanak-kanak dapat berlatih berimaginasi serta belajar banyak berkenaan dengan perbendaharaan kata. Ibu bapa boleh bercerita sebelum mereka tidur dan galakkan mereka untuk menceritakan semula kisah yang diceritakan tadi. Berikan juga peluang bagi mereka untuk bercerita berkenaan apa yang dilalui oleh mereka.

2. Kembangkan kreativiti anak dengan melukis.

Aktiviti melukis tidak hanya terhad kepada lukisan di atas kertas. Benarkan kanak-kanak untuk melukis pada pasu bunga lama dan juga kulit buku nota lama. Berikan mereka kebebasan untuk meluahkan perasaan dan idea mereka. Melukis dan mewarnakan sesuatu yang tidak lazim seperti mewarnakan pokok dengan warna biru adalah tidak salah. Pada dasarnya, kanak-kanak sedang berimaginasi. Ibu bapa perlulah menyokong keputusan yang dibuat oleh mereka.

3. Melakukan aktiviti berlakon. 

Kanak-kanak gemar untuk berkhayal dan mempunyai khayalan yang tinggi. Mereka suka menukar-nukar watak kepada sesuatu watak yang asing. Lakukan sebuah lakonan seperti pelayaran kapal laut dan bermain dengan mereka. Ciptakan satu situasi mencabar untuk melihat bagaimana mereka menyelesaikan masaalah tersebut.

4. Membuat mainan sendiri. 

Latih anak-anak untuk menghasilkan permainan sendiri menggunakan benda-benda yang ada disekelilingnya. Sebagai contoh, bina sebuah kereta menggunakan penutup botol dan tin kosong, roket dengan menggunakan botol dan kotak.

Terdapat pelbagai contoh permainan yang boleh mereka hasilkan daripada barang-barang disekitarnya. Ibu bapa perlu rajin dan kreatif untuk membelek dan mencari sumber bacaan bagi mendapatkan idea.

5. Bermain Jigsaw Puzzle

Jigsaw Puzzle juga boleh dihasilkan sendiri. Cari gambar dalam surat khabar atau majalah lama dan guntingkan. Tampal cebisan yang digunting di atas kertas tebal.

Aktiviti menyatukan kepingan-kepingan gambar menjadi gambar lengkap akan dapat membantu mengembangkan cara berfikir anak-anak.

Dapatkan “Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 30&31” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LATIHAN PRASEKOLAH – AKTIVITI PAGAR SESAT MS 30&31

Aktiviti Pagar Sesat ini juga mampu meningkatkan kreativiti kanak-kanak kerana membantu dalam cara berfikir untuk menyelesaikan masalah.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi berkenaan dengan latihan-latihan bagi murid prasekolah. Antaranya ialah:

Semoga dengan perkongsian Latihan Prasekolah Aktiviti Pagar Sesat ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan juga ibu bapa.

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan juga informasi terkini.