Lembaran Aktiviti Memotong dan Menyurih untuk Prasekolah (Cutting & Tracing). Bahan yang dikongsikan pada kali ini sesuai untuk dijadikan sebagai aktiviti yang boleh dilakukan semasa di rumah mahupun sebagai bahan bantu mengajar oleh para guru.
Selain daripada membantu para guru dan ibu bapa, bahan ini juga dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan awal mereka. Aktiviti memotong dan menyurih yang disediakan di dalam bahan ini berupaya dalam meningkatkan kekuatan motor halus kanak-kanak.
Motor halus merupakan pergerakan otot-otot halus seperti jari, pergelangan tangan dan sebagainya. Kemahiran motor halus perlulah diasah daripada awal kerana ia penting dalam membantu kanak-kanak melakukan aktiviti seperti menulis, memegang dan sebagainya. Jika motor halus mereka tidak kuat, kanak-kanak akan mudah letih ketika menulis, sukar untuk memegang objek dengan pegangan yang kuat.
Antara aktiviti lain yang boleh membantu meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak adalah mewarna, menulis, bermain playdoh dan sebagainya.
Dapatkan “Lembaran Aktiviti Memotong dan Menyurih untuk Prasekolah (Cutting & Tracing)” di sini
Di sini kami kongsikan bahan yang boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar oleh para guru kepada murid prasekolah. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak-anak ketika masa lapang. Sumber bahan adalah daripada Sharing & Collection BBM HH EduKids.
Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Cutting and Tracing Fun
Penutup
Diharapkan agar perkongsian mengenai Lembaran Aktiviti Memotong dan Menyurih untuk Prasekolah (Cutting & Tracing) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang menarik untuk murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini juga dapat membantu perkembangan awal kanak-kanak.
Pada perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang menarik untuk murid prasekolah. Antaranya ialah:
- Modul Matematik Prasekolah: Buah, Bentuk dan Kira
- Flashcard Mengenai Huruf dan Nombor Sesuai untuk Murid Prasekolah
- Lembaran Kerja Membaca Jam untuk Murid Prasekolah
- Lembaran Kerja Prasekolah: Mengenali Huruf Vokal
Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini mengenai isu-isu semasa berkenaan dengan isu pendidikan, bantuan kerajaan dan lebih banyak lagi informasi bermanfaat untuk ibu bapa, guru dan orang awam.