Latihan Lembaran Aktiviti Warna & Tulis Prasekolah Bahasa Inggeris

Lembaran Aktiviti Warna & Tulis Prasekolah Bahasa Inggeris

1331

Aktiviti Potong & Tampal Prasekolah Bahasa Inggeris

Lembaran Aktiviti Warna & Tulis Prasekolah Bahasa Inggeris. Pembelajaran Bahasa Inggeris perlulah diperkenalkan kepada anak-anak seawal usia mereka 4 tahun lagi. Tahap penguasaan Bahasa Inggeris bagi setiap peringkat umur adalah berbeza mengikut kesesuaian kanak-kanak tersebut.

Ia merupakan satu cabaran untuk para ibu bapa dan tenaga pengajar untuk melatih kanak-kanak menguasai Bahasa kedua negara ini ada awal usia tetapi ia dapat memberikan pelbagai jenis kelebihan.

Antara kelebihan mula memperkenalkan Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak seawal usia adalah:

    • Memudahkan mereka untuk menguasai Bahasa Inggeris sama ada daripada segi lisan mahupun bertulis.
    • Meningkatkan tahap kecerdasan kanak-kanak kerana telah menguasai dua bahasa pada awal usia.
    • Meningkatkan tahap keyakinan kanak-kanak dengan lebih baik lagi.
    • Kanak-kanak pada awal usia adalah sangat mudah untuk menguasai dua bahasa pada masa yang sama.
    • Kanak-kanak yang mempelajari lebih daripada satu bahasa membuatkan kanak-kanak lebih cerdas dan cemerlang.

Setelah berakhirnya era pandemik di negara kita, terdapat beberapa sekolah yang masih meneruskan beberapa aktiviti di atas talian di dalam kelas kerana ia lebih menarik perhatian murid daripada kaedah pembelajaran biasa.

Para guru dan ibu bapa boleh melakukan aktiviti pembelajaran yang menarik dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang terdapat disekitar.

  1. Cabar Pengetahuan Kanak-kanak terhadap perkataan Bahasa Inggeris menggunakan Kad Imbasan. Permainan Kad Imbasan merupakan permainan yang agak mencabar minda dan hanya memerlukan beberapa keping kertas A4 yang dipotong kepada empat bahagian. Ibu bapa atau guru boleh menulis perkataan Bahasa Inggeris di sebelah bahagian dan pada bahagian belakang, tuliskan maksud perkataan tersebut.
    Penggunaan Kad Imbasan boleh ditingkatkan tahap kesukarannya dengan menukar perkataan yang lebih sukar mengikut kesesuaian kanak-kanak.
  2. Pergi ke Pasar bersama anak-anak dan bermain teka-teki dengan sayuran dan buahan yang terdapat di Pasar. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus mereka dengan menyentuh permukaan sayuran dan buahan yang terdapat di dalam Pasar.

Dapatkan “Lembaran Aktiviti Prasekolah Bahasa Inggeris” di siniDi sini kami kongsikan bahan pembelajaran yang dapat membantu murid menguasai Bahasa Inggeris dengan kaedah yang berbeza. Ibu bapa dan guru boleh memuat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah. Sumber bahan adalah daripada Telegram BBM HHedukids Sharing & Collection.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Lembaran Aktiviti Warna & Tampal Bahasa Inggeris

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan mengenai penguasaan Bahasa Inggeris, antaranya adalah:

  1. E-Book Nota Poket Bahasa Inggeris (Prasekolah & Sekolah Rendah) 
  2. Naik Taraf Bahasa Inggeris dengan Perkataan Baharu
  3. Nota Poket Bahasa Inggeris (Sekolah Menengah)

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Latihan Bahasa Inggeris Prasekolah ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada anak-anak.

Pada masa yang sama, kami berharap agar bahan ini dapat membantu murid menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih mudah.

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan lebih banyak informasi terkini dan bahan pembelajaran untuk semua peringkat sekolah.