Buku Panduan & Pengurusan Koleksi Fail Pengurusan Ko-Kurikulum Bagi Guru

Koleksi Fail Pengurusan Ko-Kurikulum Bagi Guru

1376

Koleksi Fail Pengurusan Ko-Kurikulum Bagi Guru.Kepada guru-guru yang sedang bergiat menyediakan fail pengurusan sekolah. Pening nak cari mana? tidak tahu format fail rasmi? Jangan risau kami di sistem guru online sentiasa ada untuk membantu!

Guru yang memerlukan penyediaan fail pengurusan bagi kegiatan ko-kurikulum perlulah membuat penyediaan fail yang betul dan mengikuti standard KPM. Selain itu, hasil dari pengurusan fail yang baik ia akan menampakkan kekemasan dalam melakukan tugasan harian selaku guru.

Melalui penyediaan fail akan dapat membantu memudahkan guru dan melancarkan kerja-kerja perkeranian guru. Oleh itu, wajarlah para guru untuk merujuk fail pengurusan yang kami sediakan secara percuma untuk membantu memudahkan urusan perkeranian guru untuk sekolah.

Bagi memudahkan urusan para guru , disini Sistem Guru Online ada menyediakan fail-fail pengurusan, bahan-bahan pengajaran, buku-buku teks matapelajaran serta pengisian yang akan memudahkan urusan anda dalam melaksanakan program dan memastikan aktiviti pengajaran berjalan seiring mengikut rancangan.

Oleh itu, disini kami dari sistem guru online, ingin memudahkan urusan guru dan menyokong usaha guru memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak murid. Kami menyediakan anda Koleksi Fail Pengurusan  Ko-Kurikulum Bagi GuruAnda boleh ikuti dan mendapatkan Koleksi Fail Pengurusan Bagi Ko-Kurikulum Khas Kepada Guru-Guru  dibawah.

Koleksi Fail Pengurusan Ko-Kurikulum Bagi Guru

Khas kepada guru yang memerlukan bahan pengajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak, kami menyediakan Koleksi Fail Pengurusan  Ko-Kurikulum Bagi Guru kepada anda  secara Percuma.

Untuk dapatkan bahan tersebut, anda boleh “Muat Turun” kandungan bahan tersebut didalam file berbentuk PDF :

Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum

Evidens SKPMg2 Standard 3.2

Kompilasi Lengkap Modul Latihan Sukan Kokurikulum

Contoh Perancangan Strategik Kokurikulum

Kompilasi Minit Mesyuarat Kokurikulum

Senarai Semak Fail Kokurikulum

Panduan dan Pengoperasian PAJSK

Pelan Strategik Badan Beruniform Sekolah

Cover Fail Program Transformasi Sekolah(2025)

Baca juga:

Mantapkan Pengurusan Ko-kurikulum Sekolah Untuk Membina Jati Diri Murid-Murid 

Kegiatan ko-kurikulum merupakan kegiatan yang wajib murid sertai. Kegiatan ko-kurikulum merupakan aktiviti di luar waktu belajar yang baik untuk murid. Ringkasan ko-kurikulum adalah ia merupakan satu pengisian oleh guru selain di waktu belajar di kelas. Apa-apa aktivti luar merupakan aktiviti ko-kurikulum.

Walaubagaimanapun, guru selaku pelopor aktivti ko-kurikulum wajar memperkemaskan diri dari segi bab pengurusan di dalam melaksanakan aktivti ko-kurikulum sekolah. Pengurusan merupakan satu aspek yang penting dalam memastikan kelancaran sesuatu perancangan.

Oleh itu, seorang seharusnya peka akan pengurusan ko-kurikulum melibatkan pelbagai bab antaranya pengurusan fail, organisasi , perancangan aktiviti dan lain-lain.

Langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bagi memastikan kelancaran pengurusan ko-kurikulum:

  1. Perkemaskan fail pengurusan ko-kurikulum. Melalui penyediaan fail berkait pelbagai aktiviti dan beberapa pengurusan yang berkait akan memudahkan dan tidak memeningkan keadaan.
  2. Catat setiap kali perjumpaan kegiatan ko-kurikulum dibuat. Ini akan membantu guru mengenal pasti dan memudahkan apa yang perlu dilakukan pada hari aktiviti ko-kurikulum.
  3. Ikuti peraturan dan syarat yang ditetapkan oleh KPM di dalam buku kegiatan ko-kurikulum.

Urusan kegiatan ko-kurikulum perlulah diselia sebaik mungkin agar memastikan pengisian murid-murid menepati sasaran sebenar tujuan aktivti ko-kurikulum yang diadakan. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua.