Nota Download Percuma Buku Iqra’ 1 Hingga 6

Download Percuma Buku Iqra’ 1 Hingga 6

17167

Download Percuma Buku Iqra’ 1 Hingga 6 . Kepada Ibu Bapa dan guru yang ingin mengajar pendidikan baca quran samaada di rumah atau sekolah perlu mengambil inisiatif dalam pengajaran. Selain memberi dan mengajar mengikut standard sesuatu buku, tugas ibu bapa dan guru juga adalah memastikan kanak-kanak memahami apa yang diajar .

Melalui pengajaran pendidikan baca al-quran akan meningkatkan dan memantapkan penguasaan bacaan al-quran dalam diri kanak-kanak dari semasa ke semasa. kanak-kanak akan merasai kebolehan diri dalam penguasaan di dalam membaca al-quran melalui cara ibu bapa dan guru yang membawa pembawakan sesuai dengan pemahaman anak-anak kecil. Ibu bapa dan guru boleh mendidik anak-anak yang masih kecil dengan baik dan memastikan mereka memahami apa yang diajar sedikit demi sedikit.

Bagi memudahkan urusan para guru , disini Sistem Guru Online ada menyediakan fail-fail pengurusan, bahan-bahan pengajaran, buku-buku teks matapelajaran serta pengisian yang akan memudahkan urusan anda dalam melaksanakan program dan memastikan aktiviti pengajaran berjalan seiring mengikut rancangan.

Oleh itu, disini kami dari sistem guru online, ingin memudahkan urusan guru dan menyokong usaha guru memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak murid. Kami menyediakan anda Download Percuma Buku Iqra’ 1 Hingga 6Anda boleh ikuti dan mendapatkan Download Percuma Buku Iqra’ 1 Hingga 6  dibawah.

Download Percuma Buku Iqra’ 1 Hingga 6

Khas kepada guru yang memerlukan bahan pengajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak, kami menyediakan Download Percuma Buku Iqra’ 1 Hingga 6 kepada anda  secara Percuma.

Untuk dapatkan bahan tersebut, anda boleh “Muat Turun” kandungan bahan tersebut didalam file berbentuk PDF :

Iqra-1 Belajar Baca Quran

Iqra-2 Belajar Baca Quran

Iqra-3 Belajar Baca Quran

Iqra-4 Belajar Baca Quran

Iqra-5 Belajar Baca Quran

Iqra-6 Belajar Baca Quran

Antara Ciri Menarik Iqra Membuatkan Ia Mudah Dipelajari

Buku mengajar mengaji al-quran iqra’ merupakan buku tradisi yang diguna pakai oleh anak-anak yang masih kecil dan orang yang baharu untuk belajar mengaji al-quran. Buku iqra’ biasanya diajar secara bimbingan oleh guru. Mengajari dan belajar melalui buku iqra’ sangatlah mudah dan mesra kepada sesiapa pun. Terdapat ciri menarik iqra yang membuatkan ia mudah dipelajari:

1. Penggunaan teks/suku kata tertentu

Setiap jilid telah dibahagikan mengikut tahap mudah baca kepada 6 jilid buku yang berasingan. Buku-buku ini telah direka khas dengan kulit yang berbeza mengikut warna untuk menarik minat si pembaca.

2. Bacaan langsung

Bacaan secara langsung melalui Iqra’ membuatkan pembaca terus mengenal bunyi mengikut tanda bacaan. Mereka tidak diperkenalkan kepada huruf hijayyah secara langsung. Ini membuatkan mereka membaca lebih cepat dan lancar apabila naik Al-Quran.

3. Talaqqi Musyafahah

Iqra’ ini telah memecahkan huruf demi huruf untuk dipelajari. Ini mengukuhkan lagi bacaan. Kerana guru mengaji cenderung untuk fokus mengajar setiap makhraj dengan betul apabila menggunakan kaedah iqra’ ini.

Apa itu makhraj? Ianya adalah cara sebutan bagi setiap huruf Alquran.

Satu huruf demi satu huruf akan di ajar dengan teliti. Itu antara kelebihan iqra’ yang ramai pembaca cari.

4. Teknik dorongan dan pujian

Iqra ini dijadikan mudah agar ia senang difahami dan pembaca Al-Quran menjadi yakin untuk belajar dari hari ke hari. Setiap muka surat diatur mengikut tahap mudah, agar semua orang dapat melepasinya dan layak mendapat pujian setiap kali mereka mambaca.

5. Tenaga pembimbing

Untuk menjadikan pembacaan iqra’ lebih efektif, guru pembimbing perlu ada untuk setiap murid yang mahu belajar. Disarankan seorang guru untuk mengajar maksima 5-6 murid sahaja. Cara itu membuatkan guru dan murid lebih fokus dan cepat pandai belajar Al-Quran.

Belajar Dan Mengajar Mengaji Al-Quran Adalah Tugas Yang Mulia

Usaha ibu bapa dan guru mengajar anak-anak untuk mengaji al-quran merupakan usaha yang murni untuk kebaikan anak-anak. Anak-anak yang mempelajari al-quran akan melahirkan insan yang baik budi pekertinya dan memberi manfaat kepada orang lain.