Latihan LEMBARAN KERJA BAHASA MELAYU PEMULIHAN KHAS 2

LEMBARAN KERJA BAHASA MELAYU PEMULIHAN KHAS 2

1585

Lembaran kerja Bahasa Melayu Pemulihan Khas 2 ini disediakan khas untuk pelajar pra sekolah dan sekolah rendah tahap 1 yang berada dalam kelas pemulihan khas. Ini sebagai persediaan untuk mereka lebih mudah memahami mata pelajaran ini apabila ke peringkat yang seterusnya.

Lembaran kerja ini terdiri daripada 120 muka surat yang mengandungi koleksi soalan latihan baca dan salin semula.

Berikut adalah contoh soalan yang terdapat dalam lembaran kerja ini :

Latihan yang disediakan ini adalah hasil sumbangan dari guru yang berpengalaman. Konsep yang digunakan untuk menghasilkan latihan ini adalah konsep mudah dan menarik sesuai dengan umur pelajar.

Pendidikan awal kanak-kanak bukanlah sesuatu yang mudah, mengajar dan mendidik kanak-kanak seawal usia 4 tahun untuk mengenal huruf, objek, mengira, mengeja dan membaca adalah sesuatu yang sangat mencabar. Mereka ibarat sebuah kanvas putih yang menanti para pendidik melakar, mencorakkan dan mewarnakan mereka sebaik mungkin.

Sebenarnya, pendidikan awal ini tidak perlu menanti kanak-kanak telah masuk ke alam pra sekolah, dari rumah juga sudah boleh dimulakan oleh para ibu bapa. Ada pelbagai koleksi buku untuk dijadikan bahan pelajaran dan rujukan bagi memudahkan proses pembelajaran di rumah. Paling kurang pun, mereka diajar perkara-perkara asas seperti mengenal pasti objek, mengenal pasti huruf dan angka.

Admin juga kongsikan beberapa tips mudah untuk para guru praktikkan ketika bersama pelajar.

TEKNIK MUDAH BELAJAR ABC :

  1. Belajar sambil bermain, gunakan teknik santai dan menyeronokkan dalam memperkenalkan huruf kepada anak-anak.
  2. Belajar menggunakan flash card.
  3. Belajar sambil bernyanyi.

Semoga dengan perkongsian LEMBARAN KERJA BAHASA MELAYU PEMULIHAN KHAS 2 dapat memudahkan proses para guru memberi tunjuk ajar kepada anak murid serta dapat membantu murid memahami dengan lebih pantas dan senang sesuatu topik yang dipelajari. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih.

MUAT TURUN LEMBARAN KERJA BAHASA MELAYU PEMULIHAN KHAS 2 :

  • Lembaran_Kerja_Bahasa_Melayu