Pendidikan awal kanak-kanak bukanlah sesuatu yang mudah, mengajar dan mendidik kanak-kanak seawal usia 4 tahun untuk mengenal huruf, objek, mengira, mengeja dan membaca adalah sesuatu yang sangat mencabar. Mereka ibarat sebuah kanvas putih yang menanti para pendidik melakar, mencorakkan dan mewarnakan mereka sebaik mungkin.
Sebenarnya, pendidikan awal ini tidak perlu menanti kanak-kanak telah masuk ke alam pra sekolah, dari rumah juga sudah boleh dimulakan oleh para ibu bapa. Ada pelbagai koleksi buku untuk dijadikan bahan pelajaran dan rujukan bagi memudahkan proses pembelajaran di rumah. Paling kurang pun, mereka diajar perkara-perkara asas seperti mengenal pasti objek, mengenal pasti huruf dan angka.
Oleh itu, admin ingin membantu memudahkan tugas ibu bapa dan guru. Admin kongsikan LEMBARAN KERJA PRASEKOLAH (TRACE) yang hanya boleh dimuat turun dan dicetakkan untuk diberikan kepada anak-anak. Lembaran kerja ini bukan sahaja menarik tetapi juga seronok dan mudah untuk dilakukan bersama-sama.
Admin juga kongsikan beberapa tips mudah untuk para guru praktikkan ketika bersama pelajar.
TEKNIK MUDAH BELAJAR MENULIS :
- Latih anak-anak cara memegang alat tulis dengan betul.
- Biasakan anak-anak melakar atau menconteng sesuatu diatas kertas kosong.
- Ajarkan mereka asas lorekkan mudah seperti garis lurus, berombak dan sebagainya.
- Gunakan lembaran kerja bertitik untuk memudahkan mereka mengikut titik yang disediakan.
Semoga dengan perkongsian LEMBARAN KERJA PRASEKOLAH (TRACE) dapat memudahkan proses para guru memberi tunjuk ajar kepada anak murid serta dapat membantu murid memahami dengan lebih pantas dan senang sesuatu topik yang dipelajari. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih