Latihan Lembaran Kerja Sains Tahun 1 (Unit 3 dan 4)

Lembaran Kerja Sains Tahun 1 (Unit 3 dan 4)

978

lembaran kerja sains tahun 1 (Unit 3 dan 4)

Lembaran Kerja Sains Tahun 1 (Unit 3 dan 4) kali ini berkongsi mengenai latihan-latihan yang melibatkan unit 3 dan 4 dalam silibus Sains Tahun 1 iaitu unit benda hidup dan benda bukan hidup serta unit deria.

Perkongsian mengenai latihan ini adalah bagi membenarkan murid-murid untuk mengulang kaji pelajaran serta memudahkan guru-guru yang sedang mencari bahan pendidikan untuk murid-murid. Bahan ini juga boleh digunakan oleh ibu bapa untuk dijadikan sebagai latihan insentif untuk anak-anak semasa di rumah.

Pelbagai kaedah pengajaran yang boleh diaplikasikan oleh para guru dan ibu bapa untuk menggalakkan dan membantu penguasaan mata pelajaran sains dalam diri anak-anak.

Jalankan eksperimen apabila mempelajari sesuatu topik dan biarkan murid untuk meneroka fungsi dan tujuan eksperimen tersebut dilakukan. Guru hendaklah berada disisi supaya dapat dijadikan panduan dan rujukan. Pada akhir kelas, guru terangkan mengapa eksperimen dijalankan. Kaedah ini dilakukan adalah bagi menggalakkan sifat ingin tahu dalam kalangan pelajar kerana pembelajaran secara teori sahaja akan mengakibatkan pelajar berasa cepat bosan dan hilang minat untuk meneroka mata pelajaran tersebut.

Ibu bapa turut perlulah memainkan peranan dalam membantu anak-anak menguasai mata pelajaran di sekolah. Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah mengaplikasi setiap subjek ke dalam kehidupan seharian misalnya, semasa anak-anak sedang makan ceritakan kepada anak-anak berkenaan dengan deria yang terlibat semasa mereka makan.

Dapatkan “Lembaran Kerja Sains Tahun 1 (Unit 3&4) ” di sini


Bahan ini dikongsikan untuk kegunaan para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang bermanfaat kepada kanak-kanak semasa di rumah mahupun di sekolah.

Latihan ini mengandungi 22 halaman muka surat dan kami menyediakan preview untuk beberapa halaman di bawah.

Sila muat turun melalui pautan yang telah disediakan di bawah.

Lembaran Kerja Sains Tahun 1 Unit 3 dan4

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Lembaran Kerja Sains Tahun 1 (Unit 3 dan 4)

Diharapkan agar perkongsian mengenai Lembaran Kerja Sains Tahun 1 Unit 3 dan 4 ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa serta memberikan impak kepada keberkesanan penguasaan murid dalam menguasai mata pelajaran ini.

Sebelum ini, kami juga pernah berkongsi perkongsian yang berkaitan dengan pendidikan seperti:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan yang lain serta mengenai informasi semasa berkenaan dengan jawatan kosong kerajaan, bantuan pendidikan dan sebagainya.